in

Kekejaman Petknode -16 Ekor Kucing Mati

Sungguh menghayat hati bila dapat tahu kes ni berlaku di Malaysia sendiri. PETKNODE CAT BOARDING adalah salah sebuah pusat jagaan kucing di Damansara Damai. Ramai pemilik kucing yang menghantar kucing mereka kepada petknode sempena hari raya. Malangnya, kucing ini dibiarkan begitu sahaja.

Kes ini berjaya dibongkar oleh sukarelawan yang memecah masuk ke premis mereka untuk menyelamatkan kucing-kucing tersebut. Malangnya sudah terdapat 16 kucing yang telah mati kelaparan. Sumber Harian metro

Anak kucing yang dibiarkan mati

Anak kucing yang mati bersama-sama dengan ibunya

 

Mesej dari KTAj mengenai Petknode

Kepada semua owner kucing² yang boarding di PN, sila buat repot polis, tulis surat ke Jabatan Haiwan (DVS), SPCA dan tribunal pengguna kerana penipuan perniagaan oleh mereka.
Sila emelkan juga nama, ic number, no fon dan bilangan kucing yang korang boarding. KTAJ dengan kerjasama MDDB selangor akan cuba dapatkan keadilan undang² untuk kucing² kalian. Sebarkan kepada rakan² yang sama² board kucing di PN. [email protected]

 

Terima kasih kepada usaha mereka yang berjaya menyelamatkan saki-baki kucing  yang ditinggalkan dari mati kelaparan. Manakala owner petknode tersebut baru sahaja dilepaskan dari tahanan polis mengikut sumber thestar.

p/s: Kepada owner petknode, jika anda terlepas dari hukuman dunia, anda tidak akan telepas dari hukuman akhirat.

Hadis Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Umar ra, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Ada seorang perempuan yang disiksa kerana seekor kucing yang dikurungkannya (dipenjarakan) sampai kucing itu mati. Wanita itu akan dimasukkan kedalam api neraka. Wanita itu tidak suka memberi makanan dan minuman ketika dia memenjarakan kucing itu. Juga dia tidak suka melepaskannya untuk ia bebas memakan binatang2 kecil yang melata bumi”

 

Berikut adalah gambar owner petknode tersebut:

 

Berikut adalah tawaran yang dijanjikan oleh mereka yang sememangnya palsu belaka:

 

Semoga pesalah ini berjaya dihadapkan dimuka pengadilan, dan salam takziah kepada owner kucing yang telah mati. Sedihnye huhu.

Dapatkan berita terbaru mengenai kes Petknode di:

Sumber dari:

 

Kredit untuk Amanz sebab bagitahu pasal petknode di blognya

Update Petknode

Bila Pemilik Petknode Mintak maaf

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

22 Comments

Leave a Reply
  1. semoga owner petknode menerima balasan yg setimpal dgn perbuatan mereka di akhirat sana..kat dunia blh la korang terlepas dr hukum dunia..AMINNN..

    kalau semua org doa kan benda yg sama,go to hell la korang berdua!!

  2. bangang nye diorg ni… wlwpun i tak ada bela kucing.. tp marah amat sgt kat dirog berdua tu.. kurang ajar betul… diorg yg patut dudk dlm cage tu dan ditinggalkan berminggu2 samapai mati kering..

  3. Sedih teramat sangat atas apa yang berlaku. Kenapa nak tawarkan khidmat tu kalo x mampu nk jaga haiwan2 tu????? Nampak sangat memang de niat yang x betul!!!! Kenakan hukuman yang setimpal…. Kepada pemilik yang kematian kucing sebab mereka ni, ambil tindakan sewajarnya. Jangan biarakn mereka terlepas…. Benci GILER kat dorang nih!!!!!!!

  4. saya menagis tengok kucing2 diprlakukan sebegitu…sy selalu bayangkan diri sy sbgai kucing…kita..lapar..kita dahaga….apa prasaan kita..wlpun mereka haiwan,, Allah berikan mereka perasaan,,rasa cuma, mereka tidak diberikan akal….kita manusia..diberikan akal..supaya dpat berfikir mana baik dan buruk…kasih dan kejam…bayangkan kita adalah kucing….bagaimana rasa lapar dan dahaga….mintak owner PETKNOBE..INSAF…nabi kita Rasullulah S.A.W menyuruh kita sayangi kucing seperti ahli keluarga sendiri…apatah lagi yang memperlakukan kucing seperti OWNER PETKNOBE..abayangkan balasan ALLAH kelak…

  5. 😥 sdh sgt2 tgk kucen2 tu sume…. kejam btul 0wner dia..!!!! 😡
    el0knye kurung dia lam blik pastu jgn bg mkn n mnum..!! biar dia rasa cane kucen2 tu rasa…. 😡 😡 😡

  6. sedih sgt tgk keadaan kucing2 tu..yg anak mat I dgn ibunye apaatah lg kucing yg terlalu kurus..kejam sgt2!!!Aku xtergamak nak buat cmtu kt kucing2 Aku atau kucing2 liar..

  7. akak, kalau kta xsngaja kn, kurung kucing tu sbb xmau dia lari, tap lpas tu kta lupa kt kucing tu n dia mati, mcm mana?

    • kalau sayang dan bertanggungjawab dekat kucing tu tentu tak akan lupa… hanya tuan yang melepaskan batuk di tangga je buat macam tu.. saya busy cemane pun kucing tak de kelaparan . tak boleh bagi lupa sebagai alasan. dah tau tak mampu jaga lepaskan jelah yep 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ladang Kucing Terbesar Di Dunia

Kucing Yang Mengembara Bersama Tuannya