in

Bob, Kisah Kucing Jalanan ini pasti akan membuat anda terharu

Kisahnya unik mengenai 2 sahabat yang begitu menyentuh hati sesiapa yang mengetahui kisah mereka. Disini jelas menceritakan bagaimana seekor kucing “menyelamatkan” hidup tuannya setelah diselamatkan. Bukan itu sahaja, kucing ini memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi dan juga tuah rezeki kepada tuannya

Pada awalnya, James hidup dalam keadaan kucar-kacir dan keadaan ini banyak mempengaruhi hidupnya. Ibu dan bapanya bercerai sejak kecil. Ibunya seorang wanita yang bekerjaya, berkahwin sekali lagi dan mereka berpindah dari England ke Australia. Sejak itu James banyak berpindah sekolah dan menyebabkannya bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan budak-budak lain. Dia dikenalpasti sebagai kanak-kanak yang bermasalah dan mengidap “ADHD”, “schizophrenia” dan “manic depression”.

James akhirnya kembali ke England kerana tidak begitu menyukai bapa tirinya. Kemudian dia tinggal bersama kakak dan suaminya. Malangnya, ia tidak lama, dia dihalau keluar dan tinggal dijalanan.

James memulakan hidupnya dijalanan hampir 10 tahun dengan menjual surat khabar. Dia banyak menghabiskan masa di tinggal rumah kebajikan dan akhirnya terlibat dengan dadah. Nasibnya baik kerana bertemu dengan ‘Belle’ yang juga merupakan bekas penagih dadah dan membantu james mengatasi ketagihannya.

Suatu hari, apabila James membuka pintu, dia terjumpa dengan seekor kucing (BOB) yang cedera, dan kelaparan. James pada sebelum ini hanya memikirkan tentang dirinya membuat keputusan untuk merawat kucing tersebut sehingga pulih. Kemudian dia cuba melepaskan kucing tersebut namun, Bob mengekorinya kemana sahaja dengan setia.

Apabila Bob disisinya, James mendapat perhatian ramai. Mereka menjadi begitu popular di internet sehinggalah James menerbitkan buku mengenai kisah mereka iaitu A Street Cat Named Bob: How One Man and His Cat Found Hope on the Streets by James Bowen

Hidup James menjadi begitu bermakna dengan kehadiran Bob kerana sebelum ini dia tidak dihargai dan dia bukanlah sesiapa. Kini, bukunya antara yang terlaris dan menjadi contoh kepada para pencinta haiwan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Cik Kucing

Cik kucing juga dikenali sebagai Sharifah Munira. Merupakan founder kucing.my & bergerak aktif dalam pemasaran digital.

19 Comments

Leave a Reply
  1. Bagusnya Bob tu, Tomey muka dia… Tapi saya mencintai dan menyayangi kucing saya yg bernama Abu. Pada saya Abu adalah segala-galanya dalam hidup saya. Abu kucing jenis parsi, berat badan 5 kilo, mata warna emas, bulu kelabu (sebab tu panggil ABU). SAYA SAYANG ABU…

  2. sy ade 6ekor kucen yg sy kutip d jalanan yg sy bela skrg.hajat d hati ingin saje sy kutip kucen yg sy jmpa, tpi sy x mmpu untk mmbeli makanan atau ubatan diorg….sedey bila sy x dpt bwk blik kucen yg dtg meleseh d kaki..huhuhuhu

Leave a Reply to Terbaik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 Agenda Kucing Disebalik Kecomelan

10 Kucing Popular di Youtube. Pastinya Maru No 1