Masuk ke Planet Kucing

Lynea Lattanzio dari California tinggal bersama-sama dengan lebih 700 ekor kucing. Tetapi yang sebenarnya dia bukan seorang yang sangat gilakan kucing… err, tak suka sangat kucing tapi bela lebih 700 kucing? fuh
Pusat jagaan kucing yang dinamakan The Cat House mendapat perhatian National Geografi yang turut membuat dokumentari tentang “rumah kucing – 12 ekar tanpa pagar, dan tanpa pembunuhan kucing”. Beliau hanya mengutip kucing jalanan dan memberi rawatan kepada mereka.

Dulu Ms Lattanzio ni dilarang memiliki kucing sejak kecil dari ibunya, kemudian dia mengambil keputusan untuk membela dan menyelamatkan kucing jalanan selepas dia bercerai.
Sekarang dia menyelamatkan kucing diseluruh dunia dan menganggarkan dia telah menyelamatkan hampir 19,000 ekor kucing selama hampir 2 dekad.
Katanya lagi, di bandar besar seperti New York, appartment yang diduduki sangat kecil untuk binatang peliharaan dan memaksa pemilik kucing untuk membuang mereka di jalanan.

Di pusat jagaan kucing ini, mempunyai 25 orang pekerja untuk menjaga seluruh operasi dan ianya adalah yang terbesar di dunia.
Umpama nurseri kanak-kanak, pusat ini mempunyai kelengkapan penjagaan kucing dan juga “rumah kucing-kucing tua” untuk kucing yang dah berumur hehe.
Yang paling penting, kucing ini diberi perhatian khusus dari segi perubatan dan kesihatan. Malah, Kucing ini diberi kebebasan tanpa sangkar dan tidak akan “ditidurkan” buat selama-lamanya.


Tempat kucing buang air


Antara kucing-kucing yang akan ditempatkan disini selepas diselamatkan

Manakala di Malaysia, jika korang membela kucing yang sangat banyak didalam rumah, kucing korang boleh dirampas oleh pihak berkuasa. Ikuti kisah Nicole Ann Thomas yang menyelamatkan 30 ekor sebelum ‘dirampas’ pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Baca disini
Kalau korang nak tahu, di Malaysia juga ada seorang individu yang turut menyelamat dan membela kucing-kucing terbiar ini dirumahnya. Yang paling best sebab dia memiliki kawasan rumah yang lapang untuk kucing-kucingnya hidup bebas. Korang boleh tengok blog beliau di kucing2terbiar.blogspot.com. Sambil-sambil tu boleh la menghulurkan bantuan kewangan kepada beliau untuk menyokong usaha murni sebegini di Malaysia.
saya juga suka kucing lho….
BESTNYE!!!!!!
saya suka blog ni
kalau senang jalan2 kat blog saya ye
http://sifazayu-lifeslittlejourney.blogspot.com/
banyaknye.. tak gaduh ke duduk ramai2 ni? hehe
banyaknya kucing…
Nizam Ijam recently posted..Hero Sebenar AZURA 2012 Di Kesan!
sangat lucu-lucu..
sy pun berhasrat tuk ada satu tempat tuk pelihara kucing byk2 haha best tuuuu
Kazen recently posted..Wordless Wednesday 29 | Hukum Sekitar Fotografi
waduh banyak bangett kucingnya
Obat Herbal Jantung Koroner recently posted..Obat Herbal anemia
kalau kt malaysia kan best!! safe and love animal!!
million recently posted..SAFE x ANIMAL
bagus juga kalau ada kat malaysia, banyak sangat kucing kat merempat, terbiar n mengganggu gerai2 makan. banyak juga yg mati kena langgar kat jalanraya.
Denaihati recently posted..Arsenal vs Tottenham and Carling Cup Final
banyaknya .kucing love it.
BudakSerius recently posted..Mati Setelah Nafsu Dipuaskan
perghh byknya kucing ….
mujibarbain recently posted..Serangan kucing
pasar tani tepi rumah saya banyak kucing,bolehlah sruh dia dtg ambik..kih3
klu la mereka2 ini muslim…alangkah beruntungnya dia di akhirat kelak….
she’s a great woman..
sy pun nk sngt buka tmpt mcm tu
sngt2 teringin..kesian sngt tengok kucing2 terbiar i.i..
insyaallah satu hari nanti =)