4 Agenda Kucing Disebalik Kecomelan
- Mengiau dengan manja
Mengikut kajian, kucing pandai memanipulasi suaranya untuk menyerupai suara bayi yang merengek. Manusia normal secara semulajadi akan cepat merasa kasihan apabila mendengar suara yang seakan-akan merayu-rayu ni. Tanpa disedrtretertari kita akan cepat berasa kesian. Dalam kajian yang lebih mendalam, frekuensi bunyi kucing ketika meminta sesuatu adalah sama dengan frekuensi tangisan seorang bayi. Owh.. kita selalu tertipu dan rela ditipu oleh budak-budak comel ni kan?
- Menggesel-gesel kaki tuannya
Kucing kita sangat suka menggesel-gesel dekat kaki-kaki kita kan? Haa… Tahu tak apa tujuannya? Hehehehe…. Tujuan utama ialah untuk menandakan bahawasanya kita adalah hak miliknya. Its a kitty’s way of claiming you as its property! Muahahahaha! Ini untuk memberitahu kucing-kucing lain yang kita sudah ada ‘bos’.
- Menjilat-jilat badan
Selalu kita tengok kucing kita menjilat-jilat badan. Kadang-kadang sampai berjam-jam. Bersungguh-sungguh betul sampai tak pedulikan orang lain. Sebenarnya, menjilat badan ni adalah untuk membuang bau-bau yang asing (termasuk bau tuan dia). Kucing mempunyai kelenjar-kelenjar di bawah kulit yang akan merembeskan bau mereka sendiri apabila dijilat. - Membawa balik
hadiah‘barang’ ke rumahTeringat dulu masa kecik-kecik, kucing rumah kitorang bawak balik ulat beluncas warna hijau pucuk pisang sebesar 3 jari! Terkejut beruk semua orang! Kucing kitorang plak boleh wat muka owh-silalah-ambil-susah-payah-saya-tangkap. Macam-macam dia bawak balik. Belum kira tikus hidup letak atas badan lagi.. Sekarang barulah tahu sebenarnya, sebab utama diorang bawak balik ‘hadiah-hadiah’ tu sebenarnya kerana mereka nak ajar kita cara memburu. Kucing-kucing ni ingat kita tak pandai memburu untuk cari makan. Cuba tengok anak-anak harimau dalam discovery channel. Pelajaran pertama mak harimau ajar dekat anak dia yerlah cara memakan binatang buruan. Betul tak? Jeng-jeng-jeng! Jadi, lainkali kucing kita bawak ‘hadiah’ kat kita, sebenarnya dier nak cakap “Ada beran?!!”
(=^・ェ・^=)
Sumber



aku rela ditipuuuu oleh kucingku..hahaha..!
hi.. admin, mohon untuk share artikel anda yg comel ni…
Comel2.
I rasa I McM Kuching…
Teringin nak bela kucing tapi wife geli dengan kucing..
kat rumah ada banyak kucing, 7 ekor semuanya 3 daripadanya pula tengah bunting.
Hello, i come her to support and smile for you
please support and smile back to me
thanks..
hai kucing
Kucing Aku Pon Kadang2 Bawak Balik Tikus Mana Dia Tangkap Tah..
Maunya Tak Melompat Aku..
huhu
psl bwk hadiah @ barang balik uma tu, trigat kucing nenek, slu bwk bukan2 dtg uma, prnah bwk tupai n igat yg last skali kucing tu bwa ular balek uma.. bykkn ular tu pon da nyawa2 ikan kene dgn kucing tu.. terkejot berok kteorg biler dyer bwk ular.. n waktu tu my nenek cuma ckp, bgus kucing ni, pndai jage rumah..hihii

hana recently posted..Hari Pertama Menulis Blog
Owh yang no 4 tu tanda dia nak ajar kita berburu rupanya..ingatkan tanda terima kasih.
Dezee recently posted..Dezee -Yang-Buat (DYB) : Outside Cage