Info Kucing Maine Coon

Kucing Maine Coon merupakan baka asli yang ditemui di Amerika utara, dianggarkan di pantai timur sekitar Maine. Coon berasal dari kata racoon. Kucing ini dikenali dengan jenis baka yang besar keranan berat badan kucing jantan boleh mencapai 10kg.
Nama jenis kucing Maine Coon sendiri berasal dari nama negara bahagian di USA, Maine. Tapi asal usul dari kucing ini sama sekali tidak diketahui. Yang ada hanya dongeng dan mitos sahaja. Salah satunya adalah …

Mitos Kucing Maine Coon
Sebuah cerita mengenai seorang ratu perancis yang bernama Marie Antoinette. Dia akan dihukum mati dan berusaha melarikan diri dengan bantuan Captain Samuel Clough. Marie memasukkan harta bendanya termasuk kucing berbulu panjang tersebut di dalam kapalnya. Walapunbagaimanapun, dia gagal sampai ke USA. Kucingnya pula selamat sampai ke Wiscasset, Maine. Macam tu la ceritanya.



Kucing Maine Coon mampu bertahan dalam salji dan hawa sejuk sekalipun kerana memiliki bulu yang tebal dan anti air, ditambah pula dengan bulu yang sangat tebal di bahagian kaki, perut dan leher.


Jenis kucing ini mempunyai badan yang besar. Untuk kucing jantan saja beratnya antara 6-9 kg. Sedangkan untuk kucing betina 4-6 kg. Maine Coon juga mempunyai mata dan telinga besar yang berkemampuan untuk melihan dan mendengar benda yang jauh.

Ciri-ciri Kucing Maine Coon
Secara am ciri-ciri kucing Maine Coon adalah seperti berikut:
- Badan besar dan panjang
- Memiliki tulang dan otot yang kuat
- Mata lebar dan oval
- Teling besar (lebar di bawah)
- Dahi melengkung
- Otot pipi sangat menonjol
- Hidung lebar dan melengkung di hujungnya
- Ekor panjang dan lebar
- bulunya tebal dan tahan air
Kucing Maine Coon mempunyai sifat kucing yang suka dekat dengan manusia atau tuannya. Mempunyai sifat yang aktif dan suka berkeliaran di sekeliling tuannya. Berbeza dengan kucing parsi yang kerjanya tidur je…hoho

Membeli Kucing Maine Coon
Kucing Maine Coon dijual sekitar RM1000-RM5500 seekor. Korang boleh tengok sendiri di petfinder. Memang mahal woo.
p/s: Dulu Cik Kucing pernah membela kucing Maine Coon ni, ada orang bagi. Kucing ni jenis setia pada tuan. Kalau nampak orang lain, cepat-cepat dia lari, sebab dia fobia dengan budak yang tarik ekor dia waktu kecik dulu hehe
Besarnya..
kucing idaman atok ni
atok recently posted..Atok Kembali
WA BESARNYA KUCING NIE..DH SAMA BESAR DGN ORG..
ENTRIES TERBAIKK>>>
Kingdom Tower ketinggian 1600meter (1.6KM)
ewanrani recently posted..KAPAL SELAM SELAMAT SAMPAI KE MELAKA
Balqis Ada Bela Kucing Ni…Ada Orang bagi Tapi Umjr die Baru 6 bulan
saya ada seko mcmni.. comel! cici nama dia.. da macam kucing hutan!
pernah tengok kucing ni dlm pertandingan kucing di Mydin Ipoh baru2 ni, memang “mengeramkan” ramai orang kucing ni dan menang banyak anugerah
DangGebu recently posted..Misteri Kehilangan Kucing Parsi
Saya dulu ada kucing Maine Coon rupa dia sama dengan gambar no.7..
I baru tau yang kucing yang kami bela skrg rupanya baka Maine Coon,..thank you fo tha info yaa,..
No wonder laa dia manja sangat-sangat,..hahaa
aku pon ada macam no5
Saya mahu matting kucing saya,usia dia sekarang 9bln, kucing saya jantan, sesiapa yang berminat sila email.
sy berminat nak matingkan dgn kucing betina saya.