Kenapa kucing mengunyah kotak nyum.. nyum

why does my cat chew cardboard Kenapa kucing mengunyah kotak nyum.. nyum

Memang kelakar bila kita tengok gelagat kucing apabila diorang mengunyah dan bercakar-cakaran dengan kotak. Lagi menyampah bila kucing korang buat sepah dengan sisa-sisa kotak tu grrrrr.. Nak tahu tak kenapa diorang buat macam tu? Okeh, baca kat sini kalau nak tahu kenapa…

Antara Sebab kenapa kucing mengunyah kotak:

1) Bosan

Sesetengah kucing mengunyah kotak kerana bosan. Ye la, mungkin sepanjang hari korang pergi bekerja ataupun sibuk dengan perkara-perkara lain, kucing boleh jadi tertekan ataupun mereka tidak mempunyai mainan yang sesuai untuk bermain.

 

Screen shot 2012 03 25 at 12.53.37 PM Kenapa kucing mengunyah kotak nyum.. nyum

2) Naluri

Kucing juga mempunyai naluri pemangsa untuk memburu dan membunuh. Jadi, mereka akan mengunyah bahagian kotak kadbod atau merobek dengan kuku mereka untuk memenuhi naluri ini. Kesannya, Kucing akan terkena radang gusi ataupun kehilangan gigi (patah gigi la tu)

 

3) Diet

Antara sebab lain adalah diet. Adakah kucing korang mendapat makanan yang mencukupi? Adakah makanan anda sediakan mencukupi untuk keperluan kucing anda? Periksa label makanan kucing untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Sesetengah makanan mempunyai tambahan perasa lebih daripada pemakanan yang sebenar untuk kucing korang. Maknanya korang perlu bagi lebih daripada yang sepatutnya kepada kucing korang.

 

4) Penanda Kawasan

Sama seperti anjing yang suka untuk “menandakan tempat mereka,” kucing juga boleh meninggalkan ‘wangian’ mereka kepada benda lain. Mengunyah di atas kadbod mungkin cara kucing korang berkata “Saya berada di sini” atau “I was Here” haha

 

5) Bau Kotak

Bau kotak juga boleh menjadi satu faktor. Cuba korang ingat apa yang korang letak dalam kotak tersebut sebelum ini, mungkin bau makanan. Jadi sebab tu la diorang kunyah kotak tu.

 

Screen shot 2012 03 25 at 12.53.45 PM Kenapa kucing mengunyah kotak nyum.. nyum

Apa yang perlu dilakukan…

 

1) Pastikan kucing korang tidak tertelan kuantiti kadbod yang banyak. Periksa bibir, gigi dan gusi untuk keradangan, pendarahan, gigi yang hilang atau longgar . Jika ada gejala ini, sila hubungi doktor haiwan korang untuk pemeriksaan.

2) Sediakan mainan untuk diorang, jadi tak ada la kucing korang bosan sangat.

3) Cuba la main dengan kucing korang walaupun 5 minit. Kalau taknak main, korang derma je la kucing tu pada sesiapa yang berminat untuk menjaga diorang hoho.

 

cat in box Kenapa kucing mengunyah kotak nyum.. nyum

Sumber

Latest Comments
  1. Dila Milin April 17, 2012
  2. Dang Gebu June 9, 2012
  3. kitylina July 7, 2012
  4. aril impian July 31, 2012
  5. AKU LOLA KE? August 5, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge