Teknik Mudah Mandikan Kucing Yang Takut Air

Memandikan kucing adalah sesuatu yang paling sukar dilakukan. Ye la…kucing kan takut air, kalau korang dapat kucing yang tak takut air tu memang beruntung la, takde la payah sangat nak mandikan diorang ni. Tapi kalau dah takut sangat ni la yang payah sikit. Kene banyak bersabar. Kebanyakkan kucing akan meronta-ronta untuk mengelak daripada dirinya dibasahkan. Disini kami ingin kongsikan bagaimana untuk memandikan kucing yang takut pada air ini…

Pertama sekali, dapatkan syampu kucing. Ia boleh didapati dalam jenis cecair ataupun serbuk kering. Syampu jenis kering tidak memerlukan air untuk membersihkan kucing, cuma berus je.

Apabila memandikan kucing buat kali pertama jangan jadikannya pengalaman yang paling teruk bagi kucing korang, kalau tak nanti kucing tu akan takut mandi seumur hidup…LOL. Mandikan kucing korang secara perlahan-lahan supaya anda tidak mencederakannya.

Memandikan kucing yang takut air boleh meninggalkan kesan trauma jika korang tidak berhati-hati, dan boleh menyebabkan kucing yang ketakutan selama beberapa hari selepas itu.

Jangan rendam kucing korang sepenuhnya, maknanya jangan curahkan air pada mukanya. Oh ya, sebelum mandi jangan lupa potong dulu kuku kucing tu, nanti habis korang kene cakar.

Kalau bilik air korang ada “rubber mat” lagi bagus, sebab kalau korang mandikan kucing korang kat situ akan menjadikan diorang berasa lebih selamat, jadi diorang kurang cenderung untuk panik dan menjadi agresif.

Kalau dapat kucing yang macam ni korang takyah mandikan diorang, diorang sendiri akan pegi mandi.haha

Cara paling simple, letak je ikan dalam tab atau baldi, nanti diorang berenang la sekali.

link

21 Responses

  1. Dunia realiti 3 years ago
  2. Naziman 3 years ago
  3. noorsyamsul 3 years ago
  4. abiat 3 years ago
  5. budakserius 3 years ago
  6. DangGebu 3 years ago
  7. Raja Marzuqi 3 years ago
  8. Pioda 3 years ago
  9. ros 3 years ago
  10. anggerik putih 3 years ago
  11. ayah kacak 3 years ago
  12. ikwan 2 years ago
  13. anonymous 2 years ago
  14. ayien 2 years ago
  15. isma 2 years ago
  16. manggis 1 year ago
  17. zam 1 year ago
  18. Farha IbuCergas 8 months ago
  19. aishah ahmad 8 months ago
  20. iskandar 3 months ago
  21. sal 3 months ago

Add Comment

CommentLuv badge