in

6 Teknik memberi Kucing makan ubat pil dengan mudah

Artikel kali ini adalah untuk menjawab pertanyaan Roslina Jaafar Sekdek yang mempunyai masalah untuk memberikan ubat pil kepada kucingnya. Cik Kucing pernah mempunyai pengalaman memberi ubat pil kepada kucing. Masa tu, tolong jiran je sebab kucing dia kena langgar. Memang payah sikit, tapi dengan cara yang betul insyaallah boleh =)

Saya ada seekor kucing parsi jantan umur 1 thn 7 bulan bernama Messi…susah betul nk bagi dia makan ubat pil. Baru-baru ni dia kena sawan. Pergi vet kena tahan 3 hari. Bila discharge kena makan ubat pil 3 jenis. 2 jenis (antibiotik & tahan sakit) kena makan 1 biji selama 5 hari. 1 jenis lagi (ubat saraf) kena makan 1 biji selama 14 hari. Mcm mn nk bagi dia makan ubat sedangkan nk buka mulut dia pun susah. Habis kena cakar. Sekarang ni saya potong ubat tu kecil2 & campurkan dalam makanan tp dia tau pulak ada ubat dlm tu. Tolong…. -Roslina Jaafar Sekdek

Kaedah Melutut Belakang Kucing

1. Melutut ye, bukan duduk hehe. Letak tangan kiri korang di bawah tekak dan tangan kanan memegang pil sambil menggaru lehernya. Beri tekanan dengan ibu jari & jari telunjuk tangan kiri korang di tepi mulutnya.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-1

Apabila mulutnya terbuka, cepat-cepat masukkan pil dan tutup mulutnya. Sapu ke bawah pada lehernya beberapa kali dan pegang mulutnya sehingga pil ditelan.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-2

Kaedah hancurkan pil

1. Menghancurkan pil kepada bentuk serbuk dengan menggunakan lesung batu.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-3

2. Gaul dengan makanan dalam tin (untuk kesan yang terbaik, cuba rgaul dengan perisa ikan).
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-4

3.Pastikan korang mendapatkan nasihat dari doktor haiwan terlebih dahulu. Sesetengah pil dibuat untuk dicerna secara perlahan-lahan di dalam perut kucing, jadi mungkin kaedah ini mungkin tidak sesuai.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-5

Kaedah menyembunyikan Pil dalam makanan tertentu

1. Korang boleh juga cuba menyembunyikan pil tersebut di dalam krim keju ataupun makanan bayi.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-6

2.Mula-mula, biasakan kucing korang makan makanan tersebut tanpa pil.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-7

3. Bila diorang dah biasa makan, baru letak pil tu. Nanti kucing korang tak akan sedar yang dia dah termakan pil tu.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-8

4. Kalau kucing korang tak makan juga, cuba hancurkan pil tu dan gaul dalam makanan kucing yang basah.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-9

Kaedah balut Kucing

1. Isi picagari (tanpa jarum) dengan beberapa mililiter air.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-10

2. Balut kucing anda dengan berhati-hati dengan tuala (macam KFC twister) untuk tujuan mengelakkan korang dari tercedera.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-11

3. Buka rahang kucing dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-12

4. Masukkan pil tersebut. Minta bantuan orang kedua jika korang rasa susah nak mengawal kucing tu.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-13

5. Masukkan air dengan menggunakan picagari.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-14

7. Tutup dan pegang mulut kucing sambil urut lehernya (untuk menggalakkan kucing menelan) sehingga korang pasti pil sudah ditelan. Korang juga boleh meniup ke dalam hidung kucing selepas menutup mulut mereka – tindakan ini juga memaksa mereka untuk menelan.

550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-15

Jika kucing tu dah menelan pil tersebut, dia akan menjilat hidungnya.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-16

Kaedah balut kucing 2

1. Buang bahagian dalam picagari
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-17

2. Masukkan pil tersebut
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-18

3. Pasang semula picagari tersebut dan tolak sehingga kebawah.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-19

4. Masukkan sedikit air
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-20

5. Bedung kucing dengan tuala.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-21

6. Letakkan kucing di lengan korang dan pegang kepalanya.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-22

7. Letakkan picagari di dalam mulut, iaitu belakang lidahnya.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-23

Kaedah pada kerusi

1. Dapatkan kerusi.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-24

2. Isi picagari (tanpa jarum) dengan beberapa mililiter air.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-25

3. Cengkam belakang leher kucing.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-26

4. Letak kucing korang sama dengan posisi dalam gambar.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-27

5.Pastikan kaki kucing tergantung dan tidak berada di atas kerusi.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-28

6. Kucing akan melihat ke atas dan mulut sedikit terbuka kerana dia berada dalam posisi tergantung.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-29

7. Ambil pil dan tolak ia ke dalam mulut.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-30

8. Kemudian suntik sedikit air.
550px-Give-a-Cat-a-Pill-Step-31

Selamat Mencuba. Semoga kucing korang cepat sembuh ye =)

Via wikihow.com

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Cik Kucing

Cik kucing juga dikenali sebagai Sharifah Munira. Merupakan founder kucing.my & bergerak aktif dalam pemasaran digital.

7 Comments

Leave a Reply
  1. Dulu kucing saya pernah patah tulang serviks. Dah balik rumah dr klinik tu, kena la hari2 bagi dia ubat. Dia ni cerdik….dan memang susah sangat nak bagi dia makan ubat. Saya cari di youtube macam2 cara nak bagi ubat, semuanya tak jalan. Dia pandai simpan dlm mulut lama2….bila kita ingat dia dah telan, dia keluarkan balik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Kucing Yang Sama Tapi Tak Serupa Versi Hitler

5 Cara Membelai Kucing yang mungkin anda tak tahu