Harini saya nak bagi tips memotong kuku kucing. Kenapa kita harus memotong kuku kucing? Kalau tengok betul-betul, kuku kucing melengkung. Maka makin panjang makin melengkung ke dalam.
Jadi ini mengelakkan kuku kucing ni mencederakan diri mereka sendiri. Lebih-lebih lagi kalau kucing yang duduk dalam rumah. Lagi satu, kalau kita nak mandikan atau nak bagi makan ubat, taklah kita tercedera kena cakaran kucing tu 😀
Lagipun, cakaran kucing boleh menyebabkan jangkitan Cat Scratch Disease atau Tetanus.
Potong kuku kucing juga penting bila kucing mengalami gatal2 seperti jangkitan kurap dan fungus atau hama telinga.
Okaylah. Kalau nak tahu cara-cara untuk memotong kuku kucin, mari baca yang seterusnya:
- Pegang kucing anda (sebaiknya 2 orang diperlukan untuk prosedur ini) dengan baik seperti peluk dia mendekati dada anda (bagi kucing yang memberi kerjasama) atau scruff(belakang lehernya bagi kucing yang tidak bekerjasama) dan satu tangan pegang lengannya.
- Orang yang kedua (yang telah bersedia memegang pemotong) perlu memegang jari kucing dan tekan perlahan2 supaya kuku lebih jelas kelihatan (seperti dalam gambar di bawah).
- Gambar di atas menunjukkan di mana kita harus memotong kuku kucing (Cut here). Potong dengan berhati-hati dan satu persatu. (Jangan panik kalau kuku kucing berdarah jika anda terpotong terlalu dalam. Ketap kuku berdarah dengan kapas untuk beberapa minit. Darah akan berhenti mengalir dengan sendirinya).
Selamat mencuba!
(=^・ェ・^=)
Sumber
Macamaner nak suh kucing duduk diam masa nak bersihkan kuku dia. Kucing saya berbelit2 dibuatnya…
assalam.. owh, baru tau yg ckran kucing ni blh bwk pyakit.. btw, kalau ptg kuku, kucing tu nanti akan rasa xselesa tak..
Tips Potong kuku kucing pn ada ker?
😛
haha~ potong kuku kucing adalh kegemaran..
*sbb takut dye cakar sakit.. tp ta de la selalu potong 2-3 minggu sekali je… okey kn???
hai,saya nak tanya,ada tak petshop yang sediakan service potong kuku kucing kat area putrajaya…
guna nail clip ke?