HomeBeritaBolehkah Kucing Mengalami Sindrom Down?

Bolehkah Kucing Mengalami Sindrom Down?

Kucing Sindrom Down - Sindrom Down bagi yang kurang tahu merupakan penyebab kepada ketidaknormal dan gangguan mental yang dialami sejak bayi. Sindrom down juga berlaku kerana kromosom berlebihan. Mengikut statistik, sindrom down hanya berlaku 1 dalam setiap 800 kelahiran.
Dalam kalangan haiwan, sindrom Down ini tidak sepenuhnya sama yang dialami oleh manusia kerana mereka tidak ada pendua kromosom seperti manusia. Sindrom Down adalah masalah keturunan yang biasa berlaku di kalangan manusia sahaja. Haiwan seperti anjing dan kucing ada masalah keturunan mereka sendiri. Tri-somy, misalnya, adalah keadaan di mana terdapat tiga kromosom yang sama. 

Tri-somy ini tidaklah sama seperti sindrom down yang dialami oleh manusia.

Bolehkah sindrom down juga berlaku pada kucing? Seperti yang sudah saya maklumkan di atas, sindrom down yang dialami kucing tidak lah sama seperti manusia. Masalah kesihatan yang seakan-akan sama dengan ini adalah trisomy. Kucing yang mengalami trisomy biasanya mempunyai mata yang bulat berbanding kucing normal yang mempunyai mata yang sedikit miring.

Kucing normal kebiasaannya tajam, kucing trisomy mempunyai telinga yang lebih kecil dan kebawah. Bentuk wajah juga tidak sama seperti kucing normal.

Kucing yang menghidap trisomy juga kadang-kadang berkelakuan pelik daripada kucing normal. Kucing biasanya lincah dan berjalan dengan anggun tetapi kucing trisomy agak lemah dan cuai ketika berjalan.

Kucing trisomy juga diketahui tidak dapat seimbangkan badan dengan baik sehingga kadang-kadang mereka tersungkur dan jatuh. Mereka juga menunjukkan tabiat pelik seperti duduk atau mengeluarkan bunyi ‘meow’ yang berbeza.

Kucing dengan trisomy juga sukar untuk bersosial dengan manusia. Biasanya, mereka bertindak berbeza daripada kucing normal terutama ketika membuang. Mereka juga tidak bertindak balas semasa dipanggil.

Seperti manusia, kucing dapat mengalami pelbagai jenis masalah perubatan kerana trisomy yang mana merangkumi gangguan penglihatan dan perkembangan otot yang lemah. Ada juga risiko masalah jantung yang boleh membahayakan kesihatan mereka.

Animal photography

Saya kongsikan di bawah ini klu sekiranya kucing anda cenderung menghidap trisomy ataupun tidak:

Kucing dan manusia normal mempunyai pasangan kromosom yang unik. Manusia mempunyai 23 pasang kromosom sementara kucing hanya mempunyai 19 pasang. Manusia yang mengalami sindrom down biasanya mempunyai 21 kromosom tambahan.

Berbeza dengan kucing, oleh kerana kucing hanya mempunyai 19 pasang kromosom, mereka tidak mudah terkena trisomi. Struktur kromosom mereka agak berbeza dengan manusia.

Perbezaan tingkah laku juga tidak berlaku secara tiba-tiba. Pemilik kucing trisomy mengakui perbezaan tingkah laku yang berlaku melibatkan keseimbangan, koordinasi dan kemalasan yang terlampau.

Walaupun begitu, tidak semua kucing trisomy menunjukkan tingkah laku pelik. Walaupun kucing anda berperilaku pelik, itu tidak bermakna mereka menghidapi trisomy.

Comments

0 comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Must Read

>