Home Berita Kucing Ditinggalkan Dalam Rumah Sampai Mereput

Kucing Ditinggalkan Dalam Rumah Sampai Mereput

BANGKAI kucing yang sudah reput. (Gambar kanan) Anggota bomba memberikan makanan dan minuman kepada kucing yang masih hidup. FOTO ihsan bomba

MISTERI bau busuk dihidu penghuni rumah teres di Bandar Mahkota Cheras, Kajang yang disangka mayat terbongkar dengan penemuan bangkai lapan kucing di dalam sebuah kediaman, Isnin lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 12.52 tengah hari. “Kami menerima laporan daripada polis yang memaklumkan terdapat aduan bau busuk seperti bau mayat di sebuah rumah di kawasan perumahan berkenaan.

Difahamkan rumah berkenaan kosong sejak lebih sebulan lalu. “Berdasarkan laporan itu, seramai empat anggota bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memecah masuk rumah berkenaan yang berkunci.

Kami terpaksa memotong mangga kunci pada pagar dan pintu bagi membolehkan polis membuat pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Mohamad Akmal berkata, pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui lapan bangkai kucing yang sudah reput.

“Selain itu, kami turut menemui tiga kucing yang masih hidup, namun dalam keadaan lemah dipercayai kerana tidak makan dan minum. “Anggota bertugas memberikan makanan dan minuman kepada kucing berkenaan. Tindakan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

sumber: Berita Harian

Update dari salah seorang fan fanatik kucing:

Leave your vote

-4 points
Upvote Downvote

Comments

0 comments

Must Read

15 Baka Kucing Comel Yang Anda Patut Tahu!

Membela kucing sudahpun dibuktikan dengan kajian mampu mengurangkan stress and di rumah. Pasti ramai yang menjadikan kucing sebagai teman peneman di rumah bukan?...

7 Rahsia Menjaga Kucing Rumah Anda Agar Si Kucing Gembira

Terdapat banyak tanggapan dan persepsi yang salah mengatakan bahawa kucing perlu berkeliaran di luar untuk membuatnya gembira, tetapi mungkin tidak bagi kucing...

7 Gambar Kucing Kampung Mencuit Hati

Antara kucing yang menjadi pilihan penggemar kucing untuk dijadikan sebagai peliharaan di rumah adalah kucing kampung. Walaupun kucing kacukan lebih popular dan...

Kucing Ditinggalkan Dalam Rumah Sampai Mereput

MISTERI bau busuk dihidu penghuni rumah teres di Bandar Mahkota Cheras, Kajang yang disangka mayat terbongkar dengan penemuan bangkai lapan kucing di dalam...

Review Real Litter Multicat – Pasir kucing

Pasir Kucing Real Litter Multicat 10L dijual dengan harga RM52 untuk 3 bag. Menurut laman web Real Litter, produk ini dijual dengan harga ekonomi...

Comments

0 comments

Log in

Forgot password?

Don't have an account? Register

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

>