Home Kesihatan 10 Kucing yang Berumur Panjang

10 Kucing yang Berumur Panjang

credit photo: The Conscious Cat

Bukanlah sesuatu yang pelik bagi kucing mencapai usia 15 tahun, tapi ada beberapa baka kucing yang memang terkenal kerana jangka umurnya yang panjang.

Jaminan untuk kucing anda capai umur 20-an, bergantung kepada sifat kucing itu sendiri dan pemeliharaannya. Kedua-dua ini adalah faktor penentu umur kucing anda. Tetapi, jika kita pilih baka kucing dengan jangka hayat yang panjang dan ditambah pula dengan penjagaan yang baik, ini meningkatkan kemungkinan jangka hayat kucing anda untuk beberapa tahun. Nak tahu tak baka kucing mana yang ada hayat panjang? Berikut saya kongsikan 10 baka kucing yang hidup paling lama.

1. Siam

credit photo: Animals | HowStuffWorks

Berasal dari Thailand, kucing yang comel ini dah pikat ramai hati orang sejak berabad-abad yang lepas lagi. Terkenal dengan bentuk tubuhnya yang cantik dan tanda di muka yang membezakan kucing ini dengan yang lain. Mudah bersosial dan suka mengiau. Sebilangan kucing Siam terdedah kepada masalah gigi dan pernafasan, untuk masalah kesihatan yang lain, baka ini jarang terkena. Jangka hayat purata adalah 12 hingga 20 tahun.

2. Burma

credit photo: International Cat Care

Kucing Burma – awalnya hasil kacukan antara kucing coklat kecil dari Burma dan kucing Siam. Kucing ini suka bermain, mudah bersosial, dan jinak. Walaupun baka ini umumnya sihat, kucing Burma ada kecenderungan terhadap kecacatan tengkorak, serta penyakit glaukoma. Walaupun terdapat masalah kesihatan ini, jangka hayat kucing Burma rata-rata adalah 16 hingga 18 tahun.

3. Savannah

credit photo: The Happy Cat Site

Kucing Savannah – kacukan kucing liar Afrika dan kucing domestik – hanya disyorkan untuk dipelihara oleh pencinta kucing yang berpengalaman. Walaupun tidak jinak sepenuhnya, kucing Savannah boleh bersosial dengan orang. Tetapi mereka cenderung untuk berperangai yang tidak boleh diramalkan, aktif, dan berani. Baka kucing hibrid ini umumnya sihat dan mempunyai jangka hayat purata 12 hingga 20 tahun.

4. Egyptian Mau

Black and White image of an Egyptian Mau cat with startling green eyes looking straight at camera
credit photo: Cats – LoveToKnow

Dinamakan Egyptian Mau kerana kewujudannya dalam hasil seni Mesir kuno, Egyptian Mau adalah kucing yang sangat cantik dengan bulunya yang khusus. Kucing ini umumnya mudah selesa dengan orang, menjadikan kucing ini sebagai pilihan utama untuk dijadikan peliharaan keluarga. Manja dan sangat jinak. Walaupun ada yang terdedah kepada penyakit jantung, jangka hayat baka ini adalah 12 hingga 15 tahun.

5. Ragdoll

credit photo: PetPlace

Kucing Ragdoll yang jinak dan manja biasanya mudah dekat dengan manusia dan kalau anda ada Ragdoll mesti tahukan perangai mereka yang suka mengekor je tuan mereka ke mana sahaja. Terkenal kerana manja dengan manusia. Baka ini umumnya sihat, tetapi sebilangan kucing Ragdoll terdedah kepada penyakit batu pundi kencing dan penyakit jantung. Namun, jangka hayat purata adalah sekitar 15 tahun atau lebih.

6. Bali

credit photo: The Spruce Pets

Kucing Bali dikatakan berasal dari kacukan baka kucing siam yang tidak disengajakan. Satu-satunya perbezaan utama antara kedua baka Siam & Bali adalah bulu panjangnya. Seperti kucing Siam, kucing Bali manja, aktif, dan suka mengiau. Sesuai sangat dijadikan kucing peliharaan di rumah. Jangka hayat baka ini adalah sekitar 12 hingga 20 tahun.

7. Russian Blue

credit photo: Pretty Litter

Kucing Russian Blue adalah kucing yang tidak aktif dan agak pendiam. Cenderung untuk mesra dengan manusia tetapi tidak akan mengekori anda. Sering dijumpai kucing ini berehat di tempat yang cerah atau ‘cup’ wilayahnya yang sendiri pada tempat-tempat tinggi. Baka ini terdedah kepada penyakit batu pundi kencing, serta masalah mata, tetapi jangka hayatnya rata-rata adalah 15 hingga 20 tahun.

8. Bombay

credit photo: The Happy Cat Site

Kucing Bombay dikacukkan dengan tujuan untuk kelihatan harimau kumbang versi kecil dan jujurnya hasil kacukan tersebut tidak tidak mengecewakan! Kucing-kucing Bombay ini umumnya senang didekati dan penyayang. Mereka suka bermain, dan juga sangat manja dengan manusia. Baka kucing Bombay ini terdedah kepada masalah pernafasan kerana hidungnya yang pendek, bersama dengan penyakit jantung dan masalah mata. Jangka hayat purata adalah sekitar 12 hingga 16 tahun.

9. American Shorthair

credit photo: Vetstreet

Kucing American shorthair, sama seperti baka kucing shorthair yang lain cuma yang ini versi berkaki pendek. Popular untuk mereka yang sudah berkeluarga dan peliharaan anak-anak anda kerana perangai kucing ini yang suka bermain. Kucing ini biasanya pandai berdikari, dan mereka tidak memerlukan banyak perhatianuntuk menjaganya. Menyukai aktiviti bermain interaktif dan bersosial dengan manusia. Sebilangan besar kucing ini umumnya sihat tetapi terdedah kepada penyakit jantung. Baka ini mempunyai jangka hayat purata 15 hingga 20 tahun.

10. Sphynx

Sphynx hairless cat with green eyes. yuliyamalbina/Freepik

Kucing Sphynx memerlukan belanja yang tinggi untuk menjaganya. Tidak berbulu tidak bererti kucing ini perlu pakai sesuatu agar tetap panas dalam bilik yang sejuk seperti bilik yang ber’aircond’. Dan kucing ini mesti selalu dimandikan untuk membuang lebihan minyak pada kulit mereka. Baka ini terdedah kepada penyakit jantung, masalah saraf, dan masalah kulit (semestinya!). Tetapi ia masih mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu purata 10 hingga 15 tahun.

Leave your vote

Comments

0 comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Must Read

Kenapa Kucing Sangat Dipuja Orang Mesir Purba?

Mengapa orang Mesir purba sangat menyukai kucing? Banyak pameran-pameran di muzium memaparkan lukisan-lukisan purba dari Mesir yang menarik. Sampai satu tahap, dipercayai...

Harga Neuter Kucing. Apa Kelebihannya?

Neutering dogs and cats in World Rabies Dayn_u_t on freepik Neutering adalah prosedur pembedahan untuk membuang organ...

10 Kucing yang Berumur Panjang

credit photo: The Conscious Cat Bukanlah sesuatu yang pelik bagi kucing mencapai usia 15 tahun, tapi ada...

5 Resipi Homemade Wet Food Untuk Kucing Anda!

Saya nak berkongsi resipi menyediakan makanan kucing yang anda boleh masak di rumah! Yang pasti anda sajalah yang tahu apa yang terbaik...

Bolehkah Kucing Mengalami Sindrom Down?

Kucing Sindrom Down - Sindrom Down bagi yang kurang tahu merupakan penyebab kepada ketidaknormal dan gangguan mental yang dialami sejak bayi. Sindrom...

Comments

0 comments

Log In

Forgot password?

Don't have an account? Register

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

>