HomeKesihatan5 Resipi Homemade Wet Food Untuk Kucing Anda!

5 Resipi Homemade Wet Food Untuk Kucing Anda!

Saya nak berkongsi resipi menyediakan makanan kucing yang anda boleh masak di rumah! Yang pasti anda sajalah yang tahu apa yang terbaik untuk kucing anda. Elok buat sendiri makanan kucing ini untuk memastikan kucing anda dapat semua nutrien yang diperlukannya. Kalau belum pernah buat sebelum ini, dan mahu mula beri homemade wet food sendiri, dinasihatkan untuk dengan hidangkan makanan homemade seminggu sekali sebagai alternatif makanan kucing yang dibeli kepada si comel anda. Oleh kerana kucing kadang-kadang dikenali sebagai pemakan yang cerewet, mereka mungkin menyukai beberapa resipi yang saya kongsi ini. Jangan lupa untuk cuba tau!


Bebaspedia.com

Amaran!

Bereksperimen lah dengan bahan-bahan yang sesuai untuk elakkan makanan manusia yang beracun atau allergi untuk kucing.

Sarapan Pagi Si Kitty

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar susu debu tanpa lemak
  • 3 biji telur saiz sederhana
  • 3 sudu besar keju kotej
  • 2 sudu makan sayuran (diparut)

Cara penyediaan:

  1. Campurkan serbuk susu dengan sedikit air.
  2. Masukkan telur dan pukul sebati.
  3. Tuangkan campuran ke dalam kuali kecil yang tidak melekat dan masak dengan api sederhana hingga selesai.
  4. Balikkan seperti pancake dan ratakan keju kotej dan sayur-sayuran di atas separuh permukaan yang dimasak.
  5. Lipat seperti telur dadar. Sejukkan dan potong hingga kepingan kecil untuk dihidangkan.

Stew Sihat

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (bebas hormon atau antibiotik)
  • 2 cawan beras perang
  • 6 tangkai saderi
  • 8 lobak merah (kulit digosok tetapi tidak dikupas)
  • 2 atau 3 potong labu kuning (dilenyek)
  • 2 atau 3 zucchini
  • 1 potong brokoli kecil
  • segenggam kacang hijau

Cara penyediaan:

  1. Basuh ayam, kemudian rebus.
  2. Potong sayur-sayuran menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam periuk.
  3. Masukkan beras.
  4. Masak sehingga ayam terlerai daripada tulang dan sayur-sayuran menjadi lembut.
  5. Asingkan ayam daripada tulang sepenuhnya. Ini sangat penting, kerana tulang ayam yang dimasak dapat pecah dan menyebabkan kerosakan usus yang serius.
  6. Tuangkan rebusan ke dalam pengisar dan kisar atau potong hingga campuran jadi halus (mudah untuk digigit).
  7. Bekukan dalam beg plastik bersaiz makanan dan boleh dihidang pada bila-bila masa

Diadaptasi dari Food Pets Die For, oleh Ann N. Martin

Diet Ayam

Resipi ini menyediakan 471kcal, 53.1g protein, 27.4g lemak, dan sesuai untuk pertumbuhan anak kucing.

Bahan-bahan:

  • Dada ayam 1/2 paun (tanpa tulang, dimasak)
  • 1/2 biji telur (direbus)
  • 1/2 ounce kerang (dicincang halus)
  • 4 sudu teh minyak canola
  • Pengganti garam 1/8 sudu teh (kalium klorida)
  • 3 tablet bonemeal (10-butir atau setara)
  • 1 tablet vitamin-mineral.

Cara penyediaan:

  1. Potong dada ayam dan telur.
  2. Hancurkan bonemeal dan tablet vitamin dengan halus, kemudian satukan semua bahan.
  3. Sejukkan sebelum dihidangkan.

Wag!

Diet Ayam dan Nasi

Membekalkan 503kcal, 43.4g protein, 28.6g lemak.

Bahan-bahan:

  • Dada ayam 1/3 paun (tanpa tulang, dimasak, kemudian cincang)
  • 1 biji telur (direbus)
  • 1/2 ounce kerang (dicincang halus)
  • 1/3 cawan beras gandum (dimasak)
  • 4 sudu teh minyak canola
  • Pengganti garam 1/8 sudu teh (kalium klorida)
  • 4 tablet bonemeal (10-butir atau setara)
  • 1 tablet vitamin-mineral.

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan dan hidangkan segera atau sejukkan/ biarkan suam sedikit sebelum dihidangkan.

Diet Tuna

Bahan-bahan:

  • 4 ounce tuna (boleh guna yang di dalam tin tanpa garam tambahan)
  • 1 biji telur (rebus dan cincang)
  • 1 sudu besar minyak canola
  • 2 tablet bonemeal (dihancurkan, 10 biji atau setara)
  • 1 tablet vitamin-mineral berganda

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan dengan sebati, dan sajikan segera, atau sejukkan sedikit sebelum disajikan kepada kucing anda!

Catster

Bolehkah resipi ini membantu mencegah penyakit?

Kucing terdedah kepada banyak penyakit yang sama menimpa manusia, dan diet memainkan peranan besar bagi mengelakkan masalah tersebut. Resipi diatas dicipta oleh doktor haiwan dan pakar pemakanan haiwan, dan dianggap selamat. Walau bagaimanapun, dalam semua kes yang berkaitan dengan kesihatan kucing, tanyakan kepada doktor haiwan anda terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan sebelum mencuba resipi diatas, dan keadaan kucing anda harus dipantau dengan teliti semasa menggunakan diet ini. Selamat mencuba!

Comments

0 comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Must Read

>