Penjagaan anak kucing jalanan yang masih lagi menyusu tidaklah sesukar yang dijangka. Kadang-kadang ada yang merasakan ia terlampau remeh sehingga sanggup membiarkan anak kucing tersebut mati kesejukan dan kelaparan.

Semoga tips-tips ini dapat membantu anda untuk menjaga anak kucing yang tidak bernasib baik ini.

1. Perhatikan kelibat ibu kucing di sekeliling dan kawasan berdekatan.

1. Perhatikan kelibat ibu kucing di sekeliling dan kawasan berdekatan.

Bukan semua anak kucing yang dijumpai di tepi jalan adalah terbiar atau dibuang. Kadangkala, ibu kucing tersebut keluar untuk mencari makanan. Situasi di bawah ni dapat membantu anda bagi mengenalpasti jika anak kucing tersebut adalah kucing terbiar.

  • Situasi 1 : Anak kucing kelihatan bersih, tidur lena dan kelihatan sihat. Anak kucing ni masih ada ibu yang menjaga dan menyusukannya. Janganlah diambil dan dipisahkan dari ibunya kerana dikhuatiri ibunya akan mencari anak tersebut. Jika betul-betul mahu menyelamatkan anak kucing jalanan ini, sebaiknya diambil bersama-sama ibunya untuk dibawa pulang.
  • Situasi 2 : Anak kucing kelihatan kurus, menangis dengan kuat dan kotor. Anak kucing ini kemungkinan telah dibuang atau terpisah dari ibunya. Jangan terus diambil anak kucing ini. Anda perlu menunggu dalam sekurang-kurangnya 30 minit bagi memastikan tiada ibu kucing yang mencari anaknya.

2. Rujuk kepada klinik veterinar berdekatan dan lakukan pemeriksaan asas.

2. Rujuk kepada klinik veterinar berdekatan dan lakukan pemeriksaan asas.

Pemeriksaan doctor veterinar adalah penting bagi menentukan status kesihatan anak kucing tersebut. Ini bagi mengelakkan penyakit berjangkit yang kemungkinan dihidapi oleh anak kucing tersebut berjangkit kepada kucing anda yang sedia ada di rumah.

Selalunya, doctor veterinar akan memberikan ubat cacing, ubat kutu dan vitamin untuk meningkatkan imunisasi kucing tersebut yang secara tidak langsung dapat menguatkan antibodi anak kucing tersebut lagi melawan penyakit.

Tips tambahan: Klinik Veterinar juga ada menyediakan servis penjagaan harian anak kucing yang masih menyusu. Ia sangat membantu bagi mereka yang memerlukan orang memantau anak kucing ataupun ketika pergi berkerja.

3. Sediakan barang keperluan penjagaan kucing

3. Sediakan barang keperluan penjagaan kucing Sumber: https://www.facebook.com/cikkucingnasm

  • Carrier - meletakkan anak kucing itu setempat. Anda juga boleh menggunakan kotak kosong tetapi dikhuatiri cepat kotor. Carrier adalah lebih senang untuk dibersihkan. Carrier juga memainkan peranan sebagai tempat tidur anak kucing dan dapat mengelakkan anak kucing tersebut merayau keluar tanpa pemantauan.
  • Pad pemanas - anak kucing memerlukan haba bagi memanaskan badan mereka. pad pemanas ini diisi dengan air panas dan dilapik dengan kain bagi mengelakkan anak kucing tersebut melecur.
  • Kain alas - bagi membalut dan mengekalkan haba pada pad pemanas.
  • Susu khas untuk anak kucing - Susu seperti susu kambing yang boleh didapati di klinik veterinar atau kedai haiwan peliharaan. Elakkan dari memberi kucing susu untuk manusia.
  • Botol susu bersama berus botol - Botol susu yang sesuai bagi menyusukan kucing dan berus botol bagi membersihkan botol susu.
  • Thermos makanan - Thermos ini dijadikan tempat penyimpanan bersama air panas bagi merendam botol susu kucing bersama susu kucing yang telah siap dibancung mengikut sukatan. Ini memudahkan anda untuk menyusukan anak kucing tersebut setiap 2 jam tanpa membancuh setiap kali ketika waktu susuan dan susu tersebut kekal suam.
  • Tisu basah dan kering - Tisu basah diperlukan bagi mengelap kemaluan anak kucing tersebut bagi meransang ia untuk kencing kerana anak kucing tidak boleh kencing sendiri. Selepas anak kucing selesai kencing, keringkan anak kucing tersebut menggunakan tisu kering. Tisu basah juga boleh digunakan bagi membersihkan mata kucing yang kadangkala kotor.
  • Potty pad - Anak kucing kadang-kala akan terkencing sendiri. Potty pad ini juga boleh ditukar. Ia dapat memastikan anak kucing tersebut sentiasa dalam keadaan bersih. Untuk lebih murah dan ekonomi, anda boleh menggunakan baju lama yang tidak dipakai.
  • Sanitzer tangan - Bagi memastikan tangan anda bebas kuman. Digunakan sebelum dan selepas memegang anak kucing.

4. Cara menyusu dan jadual penyusuan

4.  Cara menyusu dan jadual penyusuan

Cara penyusuan yang betul adalah penting mengelakkan air susu memenuhi paru-paru anak kucing. Teknik Menyusukan Anak Kucing Baru Lahir tidak lah sukar. Malah semua orang boleh melakukannya dengan cara yang betul.

Anak kucing memerlukan susu sekurang-kurang setiap 2 jam. Sebelum memberi susu kepada anak kucing, kita perlu memeriksa semula susu tersebut sama ada masih dalam keadaan baik dan sesuai untuk diberikan kepada anak kucing tersebut.

5. Sabar dan konsisten

5. Sabar dan konsisten

Menjaga anak kucing memerlukan kesabaran yang tinggi kerana anak kucing mungkin akan menangis ketika anda sedang nyenyak tidur ataupun penat pulang dari kerja.

Jika terasa seperti hilang kesabaran, tataplah muka anak kucing tersebut yang memerlukan kasih sayang daripada anda.



APA REAKSI ANDA?


You may also like

Facebook Conversations