Sedikit info tentang penyakit sporo

Percaya atau tidak, 99% kucing yang terkena sporo adalah kucing yang TIDAK DIMANDULKAN. Dan dalam 99% tu kebanyakannya adalah kucing JANTAN. 

Kenapa kucing jantan selalu kena sporo ? Tak lain dan tak bukan sebab tuan dia tak mandulkan. Kucing jantan yang tak dimandulkan memang akan jadi kaki gaduh sampai la dapat sporo melalui gigitan/cakaran kucing lain yang mmg dah ada sporo. 

Fungus sporo ni berasal dari TANAH. Kucing yang dimandulkan tak akan kena sporo ke? Mesti la boleh kena. Tapi kucing yang dah dimandulkan, TERUTAMANYA KALAU DIMANDULKAN SEAWAL UMUR 4-6bulan, dia takkan jadi kaki gaduh & takkan berjalan jauh-jauh pun. 

Fahamkan di sini bahawa peratusan kucing yang dah dimandulkan untuk dapat sporo adalah amat rendah kalau nak dibandingkan dgn kucing yang tak dimandulkan? Orang suruh mandulkan awal-awal degil, bila dah dapat penyakit ko buang. 

1. Dalam banyak-banyak penyakit kucing, sporo adalah komitmen PALING BESAR. 

2. Ubat antifungal sporo perlu makan ENAM (6) BULAN berturut2 tanpa gagal walau sehari. 

3. Ubat antifungal sporo adalah MAHAL. 

4. Sporo sememangnya boleh berjangkit pada kucing lain & pada MANUSIA. 

5. Selain ubat sporo, UBAT HATI PUN WAJIB sebab ubat antifungal sporo adalah kuat makan hati (efek buruk pada hati). 

6. Kalau kucing sporo taknak makan sendiri ubat yg digaul bersama wetfood, bermakna korang perlu PAKSA(force feed) 

7. Bila-bila masa je korang boleh kena cakar/gigit. Kalau korang sendiri kena sporo, NAK KE MAKAN UBAT SPORO SELAMA 6 BULAN TANPA GAGAL ? 

8. Pengendalian kucing sporo perlu pakai glove & mask sebab sporo itu fungus(kulat) spore(spora) dia boleh dibawa oleh angin & masuk ke sistem pernafasan. 

9. Walaupun luka sporo nampak teruk dari luar(basah & berdarah) tapi sporo sebenar2nya adalah menyerang SISTEM PERNAFASAN. 

10. Lama kelamaan nafas kucing pun boleh berbunyi macam mesin rumput(berbunyi kuat) 

11. Kalau tak dirawat, ofkos kucing akan hilang selera makan(hidung tersumbat) & mati perlahan-perlahan. 

Sekian info tentang sporo dari saya yang sememangnya BUKAN DOKTOR HAIWAN, jadi kalau ade yang salah tu,sila betulkan di ruangan komen. Akhir kata, pengajaran paling besar di post ini adalah TOLONG MANDULKAN KUCING KORANG AWAL-AWAL, JANGAN TUNGGU SAMPAI UMUR MIANG.

Sumber: facebook & Honey Vets



APA REAKSI ANDA?

Facebook Conversations