HomeLain-lain15 Baka Kucing Comel Yang Anda Patut Tahu!

15 Baka Kucing Comel Yang Anda Patut Tahu!

Membela kucing sudahpun dibuktikan dengan kajian mampu mengurangkan stress and di rumah. Pasti ramai yang menjadikan kucing sebagai teman peneman di rumah bukan? Oleh itu, sebagai pencinta kucing, anda patut tahu jenis baka kucing yang comel. Kami akan kongsikan dengan anda!

#1 Ragdoll

©mypetandi.bayer.com

Dikenali juga sebagai ‘puppy cats‘ atau ‘puppy-like‘, kucing Ragdoll boleh dikatakan antara haiwan peliharaan yang sangat baik kerana mereka suka berada di sekeliling orang dan lebih manja.

Keistimewaan:

Dengan mata biru besar mereka yang cantik, wajah smiley dan bulu separa panjang yang tersendiri, anda akan serta merta jatuh cinta dengan kucing Ragdoll. Ragdolls mempunyai enam warna berbeza: coklat gelap, kelabu kebiruan, coklat, dan krim, dan beberapa corak asas termasuk:

Colourpoint – di mana warna lebih gelap pada ‘titik utama’ (contohnya: kaki, ekor, telinga dan muka)Mitted – warna putih pada titik utama (kaki depan, kaki belakang, dada dan dagu)Dwi-warna – di mana wajah mempunyai dua warna yang berbeza

Colourpoint Ragdoll

Mitted Ragdoll

Dwi-warna Ragdoll

#2 Scottish Fold

©petfinder.com

Kucing Scottish Fold dimutasi secara spontan dari kucing ladang di Scotland. Baka ini telah dihasilkan oleh antara British Shorthair dan kucing domestik di Scotland dan England.

Keistimewaan:

Telinga kucing ini melipat ke hadapan dan ke bawah. Kecil dan bulat. Warna mata sesuai dengan warna bulunya. Ada sesetengah bermata biru dan coklat terang. Hasil dari proses hybrid, terjadi juga Himalayan Scottish Fold.

Himalayan Scottish Fold

#3 Nebelung

©petfinder.com

Kucing baka Nebulung dikenali dengan bulu kebiruannya yang tebal, berkilauan dan keperibadiannya yang manja. Kalau si manja anda dari baka ini, pastikan anda mempunyai banyak masa untuk diluangkan dengan kucing yang setia ini.

Keistimewaan:

Bulu ekor adalah lebih panjang daripada pada bulu di badan. Kucing Nebelung jantan mempunyai ruff yang lebat di leher; manakala kucing betina Nebelung mempunyai ruff leher yang lebih pendek.

Nebelung jantan

Nebelung betina

#4 Maine Coon

©thehappycatsite.com

Kucing Maine Coon adalah baka kucing yang panjang dan besar. Berat mereka boleh mencapai hingga 18 pound jika jantan, dan 14 pound jika betina. Mereka boleh menjadi kucing yang manja, tetapi juga boleh menjadi kucing yang berdikari, namun baka ini mudah dijangkiti beberapa masalah kesihatan.

Keistimewaan:

Kucing ini sangat popular kerana bulu mereka yang cantik, dan boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak. Baka Maine Coon banyak dicampur dengan baka lain seumpamanya Parsi.

Persian and Maine Coon mix

#5 Munchkin

©Katie and Frankie di YouTube

Terdapat lebih banyak perkara menarik tentang kucing ini selain daripada kaki kecilnya. Dengan telinganya yang berbentuk segitiga dan mata yang besar, kucing baka ini telah berjaya menarik hati peminat kucing di seluruh dunia.

Keistimewaan:

Kucing Munchkin adalah kucing yang bersaiz sederhana dan menyerupai banyak kucing baka lain kecuali satu ciri yang membezakan antara Munchkin dan baka lain: kakinya yang pendek. Oleh itu, Munchkins boleh melompat tetapi terbatas. Namun begitu, kekuatan sebenar Munchkin adalah pada kelajuannya.

Persian Munchkin

Ragdoll Munchkin

Scottish Fold Munchkin

#6 Himalaya

©petfinder.com

Kucing baka Himalaya adalah sejenis baka hibrid yang sama dengan Parsi, tetapi dibezakan dengan titik utama (bulu muka, kaki, telinga, dan ekor). Salah satu kucing peneman yang baik.

Keistimewaan:

Seperti kucing Parsi, baka Himalaya mempunyai telinga yang kecil, mata yang besar, wajah smiley. Bulu panjangnya yang cantik, yang terdapat dalam warna coklat, kebiruan, krim dan banyak lagi warna dan corak.

Himalaya kebiruan

Himalaya coklat

#7 Parsi

©medium.com

Kucing Parsi adalah kucing domestik yang sempurna untuk dibela, sesuai juga jika dirumah anda ada kanak-kanak. Kucing ini kurus, berbulu lebat dan elegan. Kucing yang penuh semangat, pandai menyeimbangkan badan dan bersifat tenang ini, kurang menghadapi masalah stres. Ia tidak memerlukan ruang yang lebih besar daripada sofa, kerusi dan katil jika anda ingin membiarkan haiwan kesayangan anda untuk berlegar di dalam ruang rumah.

Keistimewaan:

Berbulu panjang, sehingga 20 cm, ekornya yang tebal, bermata besar, terdiri daripada pelbagai warna dari monokromik hingga dua warna (kebiasaannya gabungan warna putih). Berat kucing Parsi betina kira-kira 3.5-5.5 kg dan lebih daripada 5.5 kg untuk kucing Parsi jantan. Kucing Parsi kebiruan menjadi sangat popular di Eropah pada era Victorian Age kerana Ratu Victoria, mempunyai beberapa kucing Parsi berwarna biru sehingga semua kerabat Diraja dan peniaga kaya inginkan baka yang sama.

Selepas era kegemilangan kucing Parsi kelabu, kucing bermata biru putih, Parsi dengan bulu putih dan warna oren atau cerah juga popular. Selepas putih, datang pula kucing Parsi hitam, disukai orang secara meluas, sementara Kucing Parsi Merah tidak kurang peminatnya. Warna-warna lain seperti coklat, perak dan lilac juga agak popular baru-baru ini.

Parsi dwi-warna biru dan putih

Parsi kelabu

Parsi oren

Parsi hitam

#8 Siberia

©cats.lovetoknow.com

Kucing Siberia adalah antara baka yang popular, berbulu panjang dengan perangai yang manja. Mereka bersaiz hampir sama dengan Maine Coon dan merupakan salah satu daripada dua baka kucing terbesar yang ada. Mereka sangat pintar dan mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah yang sangat baik. Kucing tangkas ini mampu melompat dengan tinggi dan kebolehan menyeimbangkan badan.

Keistimewaan:

Kucing Siberia mempunyai tiga jenis bulu:

Bulu pengawal, bulu awn dan bulu down. Lapisan bulu ini pada mulanya melindungi untuk melindungi kucing Siberia dari musim sejuk di Rusia. adalah lebih baik jika anda membela kucing baka ini untuk terus menyikat bulu kucing anda sekali atau dua kali seminggu kebiasaannya untuk menjaga bulunya supaya sentiasa dalam keadaan baik.

Kucing Siberia Hutan

#9 Norwegian Forest

©thehappycatsite.com

Kucing Hutan Norway adalah antara baka yang cantik dan juga kucing regal yang dikhabarkan berketurunan dari kucing dongeng. Kucing Hutan Norway di katakan wujud sejak 500 dan 2000 tahun yang lalu. Namun, baka in dikhuatiri menghadapi masalah kepupusan yang mungkin disebabkan oleh pembiakan silang dengan kucing domestik yang lain.

Keistimewaan:

Salah satu baka domestik yang disayangi oleh semua. Berasal dari baka kucing yang besar; ia kebiasaannya lebih besar dan lebih kuat daripada kucing biasa. Kucing Hutan Norway sering dibandingkan dengan Maine Coon kerana mereka mempunyai beberapa ciri yang serupa selain saiznya.

Bagi kucing hutan Norway jantan, beratnya mampu mencapai 16 paun atau lebih, dengan purat antara 12 dan 16 paun.

Purata berat bagi kucing hutan Norway betina lebih ringan, biasanya antara 9 dan 12 paun apabila telah matang.

Secara purata berat kucing ini antara 8 dan 10 paun.

Kucing hutan Norway jantan

Kucing hutan Norway betina

#10 Manx

©cats.lovetoknow.com

Manx diiktiraf sebagai baka kucing berasingan dan asli pada tahun 1800an. Kucing terkenal kerana ekornya yang pendek, gemuk malahan sesetengahnya tiada ekor sama sekali! Manx dipercayai berasal dari Isle of Man, yang menyumbang kepada namanya. Berlainan dengan anjing, keseimbangan kucing dikawal dengan telinga kucing itu. Tidak seperti anjing yang mengendalikan keseimbangan dengan ekornya. Oleh itu, kucing ini tidak mempunyai masalah dengan keseimbangan untuk berjalan.

Keistimewaan:

Kucing ini bersaiz sederhana yang beratnya boleh mencapai dari 8 hingga 12 paun.

Manx mempunyai kemahiran memburu.

Kucing ini sangat manja dan lucu. Kesukaannya ialah mengikut tuannya di dalam rumah. Sekiranya anda sekadar mahu berehat dan santai, Manx akan berada di pangkuan anda, bersedia untuk tidur bersama! Cuba bercakap dengan kucing baka Manx, dia akan membalas “percakapan” anda!

Manx with no tail

#11 Turkish Van

©zooplus.co.uk

Kucing boleh berenang? Ya, ternyata memang wujud kucing yang boleh berenang! Tidak seperti semua kucing lain, Turkish Van sukakan air dan akan terjun ke dalam air apabila ada peluang. Berhati-hati agar anda tidak keliru antara Turkish Van dengan kucing Turkish Angora. Jika anda lihat dengan teliti, anda akan dapat membezakan kedua-dua kucing dengan cepat.

Keistimewaan:

Turkish Van adalah kucing yang bersaiz sederhana dengan ukuran dada yang lebar, kepalanya agak besar dan bulunya panjang sederhana. Bulu di perutnya lebih panjang berbanding dengan di belakangnya. Kebanyakan kucing mempunyai bulu yang terdiri daripada tiga jenis yang berbeza, sedangkan bulu kucing Turkish Van disesuaikan dengan persekitaran semulajadi. Turkish Van juga dikenali sebagai “kucing berenang”.

Turkish Van berenang

#12 Turkish Angora

©golfian.com

Sekali lihat, kucing Turkish Angora ini sangat cantik, dan jelaslah mengapa mereka dijual dengan harga yang sangat tinggi oleh pemilik haiwan. Walaupun kucing ini nampak halus, tetapi mereka sangat suka bermain dan baka yang aktif. Sifat mereka yang sangat manja dan personaliti yang nakal menjadikan mereka paling sesuai untuk pemilik haiwan yang aktif.

Keistimewaan:

Turkish Angora adalah kucing kecil, kebiasaannya berat kurang dari sembilan paun apabila dewasa. Bulunya panjang, lembut dan mengembang ketika musim sejuk untuk melindungi si comel ini ketika cuaca buruk di pegunungan Ankara. Bulunya biasa berwarna putih, tetapi ia juga boleh menjadi hitam, krim, dan pelbagai corak.

Turkish Angora mempunyai mata berbentuk almond yang besar, sama ada berwarna biru, hijau, emas, atau amber, dan banyak yang mempunyai mata dengan warna yang berbeza. Seperti semua baka kucing, Angora dengan bulu putih tulen dan mata biru kadang-kadang dilahirkan sepenuhnya atau sebahagiannya tuli kerana kecacatan gen. Turkish Angora bermata ganjil biasanya pekak di kedua-dua belah telinganya.

Turkish Angora dengan mata yang ganjil

#13 Ragamuffin

©vetstreet.com

Jangan keliru antara Ragamuffin dengan Ragdoll. Kedua-duanya adalah keturunan yang berasingan, walaupun mereka mempunyai ciri yang sama dalam perangai dan penampilan. Besar dan manja, Ragamuffin adalah kucing yang datang dalam lebih banyak warna dan corak daripada Ragdoll.

Keistimewaan:

Bulunya seperti sutera yang mudah dikemaskan. Sikatnya sekali atau dua kali seminggu untuk mengelakkannya kusut. RagaMuffin boleh bergaul dengan mudah. Dia akan mengikuti tuannya ke mana sahaja mereka pergi dan menyambut tetamu di pintu dengan ‘meow’nya. Dengan sifat manjanya yang luar biasa, dia akan mudah ‘masuk’ dengan tetamu, anjing dan kucing lain.

#14 Bengal

©breederadvisor.com

Jika anda suka kucing dengan rupa eksotik tetapi saiz kecil dan tidak berbahaya seperti kucing liar, Bengal semestinya di dalam fikiran anda! Dicipta silang dengan Kucing Leopard Asia kecil dengan kucing domestik, kucing besar ini meanrik minat ramai orang dengan corak bulunya.

Keistimewaan:

Bengal seekor kucing yang bijak dan sangat aktif. Sentiasa bergerak, kucing bengal suka memanjat ke tempat-tempat yang tinggi, sesetengah kucing Bengal suka bermain di dalam air. Kucing yang ini boleh menghiburkan anda dan perlukan banyak perhatian. Bulunya yang pendek mudah dikemaskan.

#15 Birman

©vetstreet.com

Matanya yang biru nilam menatap jauh ke dalam jiwa anda, dan bulu separa panjangnya – dengan kelebihannya berwarna keemasan – boleh menyentuh jiwa anda. Birman yang berwarna putih mungkin kelihatan comel, tetapi badannya yang besar, berotot dan sangat manja.

Keistimewaan:

Birman agak sama dengan kucing baka Siam, tetapi dia mempunyai badan yang besar, kaki putih, dan bulu yang panjang, yang terdapat dalam semua warna, termasuk coklat dan ungu. Dia dianggap kucing bersaiz sederhana-besar, beratnya antara tujuh dan 12 kilogram.

Birman sesuai sebagai peliharaan rumah

Yang mana satu pilihan hati anda?

Comments

0 comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Must Read

>