Home Menarik 8 Baka Kucing Berbulu Kerinting Sesuai Dipelihara di Rumah!

8 Baka Kucing Berbulu Kerinting Sesuai Dipelihara di Rumah!

Membela haiwan peliharaan tak boleh disangkal lagi sebagai salah satu kaedah berkesan untuk mengurangkan stress. Setuju tak? Sekarang ini, saya nak kongsi 8 jenis kucing baka bulu kerinting yang anda boleh pelihara dirumah. Jangan terkejut tau, semua comel-comel!

1. LaPerm

Kucing baka LaPerm ini jarang menjadi pilihan pencinta kucing di negara kita. Kerana baka kucing ini boleh dimiliki dengan harga yang cukup tinggi.

Sampai sekarang spesies kucing LaPerm ini tidak diketahui asal-usulnya. Bulunya yang kerinting diturunkan secara genetik yang terbentuk secara semula jadi.

Kucing LaPerm pertama kali ditemui pada tahun 1982, di Oregon, Amerika Syarikat. Kucing ini dikenali sebagai jenis kucing yang pendiam yang jarang mengeluarkan suara dan sangat suka bermain dengan tuannya.

2. Lambkin Dwarf

Bagi anda yang gemar baka kucing seperti Munchkin, mungkin anda suka juga dengan Lambkin Dwarf. Baka kucing berambut kerinting ini adalah hasil kacukan daripada dua jenis kucing, Selkirk Rex yang mempunyai bulu kerinting dengan jenis Munchkin, yang mempunyai kaki pendek.

Disebabkan warna dan kerintingnya bulu kucing ini, ramai yang menyamakannya dengan “anak biri-biri”. Sama ke?

3. Cornish Rex

Cornish Rex adalah keturunan kucing berambut kerinting yang berasal dari Cornwall, England. Kucing ini mempunyai kedutan pada bulunya yang disebabkan oleh mutasi genetik secara semula jadi.

Kucing ini mempunyai lapisan yang sangat nipis pada bulunya dan sesuai untuk tinggal di dalam rumah. Selain itu, Cornish Rex juga sangat sensitif dengan suhu rendah sehingga mereka cenderung kepada tempat-tempat yang hangat.

Jadi sesuai sangatlah kucing ini dijadikan untuk haiwan peliharaan di dalam rumah.

4. Selkirk Rex

A Portrait of Selkirk Rex On Brown Background

Selkirk Rex adalah baka kucing dari Montana, Amerika Syarikat. Selkirk Rex sedikit berbeza dari kucing jenis Rex yang lain. Kucing ini datang daripada mutasi genetik semula jadi. Mempunyai badan yang besar dan kuat menyerupai kucing berbulu pendek Britain.

5. Devon Rex

Devon Rex adalah salah satu baka kucing berbulu pendek dan kerinting, tetapi sangat lembut. Kerana jenis bulunya, kucing ini terkenal sebagai salah satu jenis kucing yang paling selamat untuk pencinta kucing yang ada alergi dengan bulu.

Devon Rex pertama kali dijumpai di England oleh Beryl Cox di Buckfastleigh, Devon, England pada tahun 1960 berhampiran kawasan lombong. Dulu, kucing ini pernah dikaitkan dengan baka Cornish Rex, tetapi ujian DNA membuktikan yang sebaliknya.

Saiznya sederhana dan sering disebut sebagai “kucing alien” kerana keunikan dan wajahnya yang seperti makhluk asing.

6. American Wirehair

American Wirehair ini baru ditemui dan dibiakkan sekitar tahun 1966. Kucing ini adalah hasil mutasi genetik semula jadi dari baka shorthair Amerika. Berasal dari bahagian utara New York, baka kucing ini pertama kali dibiakkkan oleh Joan O’shea.

Istimewanya kucing ini adalah bulunya yang berkerinting, tebal dan kasar dan mempunyai misai yang juga berkerinting. Warna bulunya berbeza-beza. Termasuk di antara kucing yang bertubuh sederhana dengan berat sekitar 4 – 4.5 kg.

Ramai yang sukakan kucing ini kerana tidak memerlukan penjagaan khas. Umurnya juga panjang, rata-rata 12-14 tahun.

7. German Rex

German Rex (juga dikenali sebagai Prussian Rex) adalah salah satu baka kucing yang berasal dari Jerman. Kucing jenis Rex ini sering dikaitkan dengan baka Cornish Rex. German Rex adalah baka kucing yang terhasil daripada mutasi genetik.

Pada tahun 1970-an, German Rex mengalami kepupusan. Jangan bimbang, sekarang baka kucing ini tidak lagi tergolong sebagai kucing ‘rare’. Kucing ini dibiakkan oleh penternak kucing di Jerman dan beberapa negara lain di Eropah.

German Rex ini bertubuh sederhana dengan kaki bersaiz sederhana dan langsing. Kepala kucing ini bulat dengan tulang pipi dan telinga besar. Matanya agak besar dan warna matanya kebiasaan sepadan dengan warna bulunya.

8. Skookum

Skookum adalah baka kucing dwarf dari Amerika Syarikat. Skookum adalah baka kacukan dari baka kucing Mexico dan LaPerm. Skookum ini ada dua jenis bulu, iaitu berbulu pendek dan berbulu panjang. Comel betul kucing Skookum ini dan jarang sekali mengiaw.

Agk-agak antara 8 baka ini, kalau anda boleh pelihara satu jenis sahaja, mana yang jadi pilihan ye?

Leave your vote

Comments

0 comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Must Read

5 Resipi Homemade Wet Food Untuk Kucing Anda!

Saya nak berkongsi resipi menyediakan makanan kucing yang anda boleh masak di rumah! Yang pasti anda sajalah yang tahu apa yang terbaik...

Bolehkah Kucing Mengalami Sindrom Down?

Kucing Sindrom Down - Sindrom Down bagi yang kurang tahu merupakan penyebab kepada ketidaknormal dan gangguan mental yang dialami sejak bayi. Sindrom...

8 Baka Kucing Berbulu Kerinting Sesuai Dipelihara di Rumah!

Membela haiwan peliharaan tak boleh disangkal lagi sebagai salah satu kaedah berkesan untuk mengurangkan stress. Setuju tak? Sekarang ini, saya nak kongsi...

15 Baka Kucing Comel Yang Anda Patut Tahu!

Membela kucing sudahpun dibuktikan dengan kajian mampu mengurangkan stress and di rumah. Pasti ramai yang menjadikan kucing sebagai teman peneman di rumah bukan?...

7 Rahsia Menjaga Kucing Rumah Anda Agar Si Kucing Gembira

Terdapat banyak tanggapan dan persepsi yang salah mengatakan bahawa kucing perlu berkeliaran di luar untuk membuatnya gembira, tetapi mungkin tidak bagi kucing...

Comments

0 comments

Log In

Forgot password?

Don't have an account? Register

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

>