Home Menarik Kenapa Kucing Sangat Dipuja Orang Mesir Purba?

Kenapa Kucing Sangat Dipuja Orang Mesir Purba?

Mengapa orang Mesir purba sangat menyukai kucing? Banyak pameran-pameran di muzium memaparkan lukisan-lukisan purba dari Mesir yang menarik. Sampai satu tahap, dipercayai orang Mesir purba memuja kucing sebagai salah satu dewa mereka.

Orang Mesir Kuno menyukai kucing bermula dengan penghargaan terhadap makhluk ini atas kemahiran mereka menangkap tikus. Kucing sangat dihormati pada zaman itu sebagai makhluk suci.


credit: Historicaleve

Di satu tempat bernama Saqqara, berada di luar Kaherah, makam berusia 4,500 tahun telah ditemui sesuatu yang tidak dijangka; iaitu puluhan mumia kucing dan patung kucing.

Cerita orang Mesir kuno dengan haiwan kesayangan ramai ini didokumentasikan dengan baik. Ahli arkeologi telah menemui bukti haiwan ini sangat dipuja pada zaman Mesir kuno. Walaupun wujud haiwan-haiwan lain seperti anjing dan ular, kucing bagaimanapun, dianggap tersangat istimewa dalam masyarakat di Mesir Kuno.

Menurut James Allen Baldwin (penyelidik), kucing terdapat dalam catatan arkeologi Mesir sejak zaman predinasti, hampir 5,000 tahun yang lalu. Banyak kaitan kucing dengan kehidupan rakyat Mesir purba atas dasar praktikal: Pertanian menyebabkan kehadiran tikus, yang menarik kehadiran kucing liar.

Masyarakat ketika itu mula belajar melindungi dan menghargai makhluk yang menjaga ladang-ladang mereka daripada kehadiran tikus.

credit: Indiana Public Media

Terdapat banyak lagi bukti arkeologi, bagaimana kucing mempunyai banyak fungsi penting dalam masyarakat ketikan zaman Mesir Kuno. Kucing dikatakan melindungi rumah daripada tikus dan ular berbisa, dan juga sebagai membantu pemburu memburu burung dan sebagai haiwan peliharaan yang sangat dimanjakan.

Kucing telah dijumpai dikuburkan sekali di kubur manusia, walaupun sebab yang tepat kepada penemuan ini masih belum jelas. Beberapa kucing dikebumikan sekali dengan persembahan kepada dewa, menunjukkan bahawa masyarakat ketika itu percaya bahawa kucing tersebut akan memperoleh kehidupan yang lain selepas kematiannya. Penemuan baru-baru ini adalah penemuan mumia kucing tertua dalam sejarah.

Bermula sekitar tahun 1000 sebelum Masihi, perkuburan besar telah dibina untuk pengebumian puluhan ribu kucing yang mati. Kucing-kucing yang telah mati dibungkus dan dihias dengan teliti oleh petugas kuil.

Pelancong Rom ke Mesir menggambarkan bagaimana orang Mesir sangat menghormati kucing, kadang-kadang mereka sanggup berjalan jauh semata-mata untuk mengebumikan kucing yang mati di tanah perkuburan khusus.

credit: BBC

Perbuatan membunuh kucing waktu itu merupakan satu kesalahan besar.

credit: Petfinder

Seperti yang dijelaskan oleh cendekiawan Alleyn Diesel, orang Mesir kuno mula mengaitkan ciri ketuhanan kepada kucing secara berperingkat. Gaya kucing yang lemah-lembut, perwatakan yang tenang, dan penglihatan kucing yang hampir luar biasa sangat dikagumi dan mungkin telah mendorong mereka dipanggil sebagai haiwan suci di mata orang Mesir kuno.

Kesukaan kucing untuk tidur siang di bawah sinar matahari juga menyebabkan masyarakat ketika itu mengaitkan hubungan awal antara kucing dan dewa matahari, yang bernama Ra.

Haiwan seperti singa dan harimau kumbang itu juga penting dan dinggap sebagai dewa dewi, tetapi dewi kucing terletak paling atas. Dikenali sebagai Bastet, atau Bast.

Bastet pada mulanya disangka singa atau harimau kumbang. Namun, apabila perkuburan kucing dijumpai, Bast digambarkan sebagai kucing peliharaan.

Dewi kucing ini garang dan dalam masa yang sama bersifat melindungi, dikaitkan dengan kesuburan, kelahiran, dan perlindungan masyarakat ketika itu.

Sekitar abad ke-5 sebelum Masihi, satu kumpulan besar pemuja Bast dan kucing peliharaan, telah berkembang di Kota Bubastis, berhampiran bandar Zagazig, utara Kaherah.

credit: Wikipedia

Kuil besar telah dibina untuk menarik ratusan ribu para penyembah ke Bubastis.

credit: CL Francisco

Penyembah meninggalkan patung kucing kecil sebagai persembahan untuk Bast (dewi kucing).

credit: National Geographic

Azimat atau tangkal kucing juga dipakai dan disimpan di rumah untuk perlindungan.

credit: educators.mfa.org

Semua penemuan, dari fungsi praktikal hingga unsur dewi suci dalam masyarakat Mesir Kuno, kucing sangatlah menonjol. Buktinya, populariti Bast iaitu dewi kucing masih berterusan selama hampir 1,500 tahun.

Leave your vote

Comments

0 comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Must Read

Kenapa Kucing Sangat Dipuja Orang Mesir Purba?

Mengapa orang Mesir purba sangat menyukai kucing? Banyak pameran-pameran di muzium memaparkan lukisan-lukisan purba dari Mesir yang menarik. Sampai satu tahap, dipercayai...

Harga Neuter Kucing. Apa Kelebihannya?

Neutering dogs and cats in World Rabies Dayn_u_t on freepik Neutering adalah prosedur pembedahan untuk membuang organ...

10 Kucing yang Berumur Panjang

credit photo: The Conscious Cat Bukanlah sesuatu yang pelik bagi kucing mencapai usia 15 tahun, tapi ada...

5 Resipi Homemade Wet Food Untuk Kucing Anda!

Saya nak berkongsi resipi menyediakan makanan kucing yang anda boleh masak di rumah! Yang pasti anda sajalah yang tahu apa yang terbaik...

Bolehkah Kucing Mengalami Sindrom Down?

Kucing Sindrom Down - Sindrom Down bagi yang kurang tahu merupakan penyebab kepada ketidaknormal dan gangguan mental yang dialami sejak bayi. Sindrom...

Comments

0 comments

Log In

Forgot password?

Don't have an account? Register

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

>