1. Kad vaksin dan dokumen-dokumen penting

Kad vaksin merupakan perkara yang paling penting jika perlu menghantar kucing ke hotel kucing kerana tanpa kad vaksin, kemungkinan besar kucing anda akan ditolak untuk bermalam di hotel kucing tersebut.

Segala dokumen penting seperti borang tempahan, resit, kad keahlian atau kupon boleh diletakkan bersama kad vaksin tersebut di dalam beg lutsinar seperti dalam gambar ataupun fail dokumen yang bersesuaian.

Jika kucing anda masih lagi belum mengambil sebarang suntikan vaksin, anda bolehlah membuat demikian sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mendaftar di hotel kucing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

2. Bekalan makanan serta jadual pemakanan

Setiap kucing mempunya rutin makanan dan diet berlainan. Jika tersalah makan atau makanan tersebut tidak bersesuaian, kucing juga lebih cenderung untuk mengalami cirit-birit semasa di hotel kucing.

Bawa makanan kering atau makanan dalam tin kucing yang secukupnya. Sediakan snek kegemaran si manja jika perlu.

Jadual pemakanan juga sebaiknya disediakan bagi membantu pihak hotel kucing tersebut menyediakan makanan mengikut diet yang sepatutnya. Labelkan jika perlu dan sebaiknya diasingkan mengikut hari.

Jika kucing anda mempunya rutin yang khusus, catatkan di dalam jadual pemakanan tersebut. Bawa mangkuk makanan kegemaran kucing jika perlu.

WordPress › Error

There has been a critical error on your website.

Learn more about debugging in WordPress.