5 perkara ini dapat membantu kucing kesayangan anda untuk mencapai ketenangan dan mengurangkan stress di hotel kucing (termasuk juga anda). hehehe...

1. Kad vaksin dan dokumen-dokumen penting

1. Kad vaksin dan dokumen-dokumen penting

Kad vaksin merupakan perkara yang paling penting jika perlu menghantar kucing ke hotel kucing kerana tanpa kad vaksin, kemungkinan besar kucing anda akan ditolak untuk bermalam di hotel kucing tersebut.

Segala dokumen penting seperti borang tempahan, resit, kad keahlian atau kupon boleh diletakkan bersama kad vaksin tersebut di dalam beg lutsinar seperti dalam gambar ataupun fail dokumen yang bersesuaian.

Jika kucing anda masih lagi belum mengambil sebarang suntikan vaksin, anda bolehlah membuat demikian sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mendaftar di hotel kucing.

2. Bekalan makanan serta jadual pemakanan

2. Bekalan makanan serta jadual pemakanan

Setiap kucing mempunya rutin makanan dan diet berlainan. Jika tersalah makan atau makanan tersebut tidak bersesuaian, kucing juga lebih cenderung untuk mengalami cirit-birit semasa di hotel kucing.

Bawa makanan kering atau makanan dalam tin kucing yang secukupnya. Sediakan snek kegemaran si manja jika perlu.

Jadual pemakanan juga sebaiknya disediakan bagi membantu pihak hotel kucing tersebut menyediakan makanan mengikut diet yang sepatutnya. Labelkan jika perlu dan sebaiknya diasingkan mengikut hari.

Jika kucing anda mempunya rutin yang khusus, catatkan di dalam jadual pemakanan tersebut. Bawa mangkuk makanan kegemaran kucing jika perlu.

3. Permainan, tilam dan bantal busuk! Hehehe...

3. Permainan, tilam dan bantal busuk! Hehehe...

Permainan, tilam, dan bantal busuk perlu dibawa bagi membantu kucing anda menyesuaikan diri. Ini kerana kucing memerlukan barang-barang yang mempunya bau mereka untuk bertenang.

Jika pergi ke tempat baru, kucing anda akan berjumpa dengan kucing-kucing lain dan mereka akan rasa tidak selesa dengan suasana baru.

Anda jugak boleh membawa baju anda untuk diletakkan bersama-sama permainan dan tilam di dalam bilik kucing anda supaya dapat mengubat kerinduan mereka. Jangan tak percaya. Kucing pun reti rindu orang tau!

4. Ubat kutu dan ubat cacing

4. Ubat kutu dan ubat cacing

Ubat kutu dan ubat cacing adalah 2 perkara yang selalu diambil remeh oleh pemilik-pemilik kucing. Jika kucing anda ada menunjukkan tanda-tanda kutu dan cacing, kucing anda akan ditolak sama sekali bagi memasuki premis hotel kucing kerana dikuatiri akan berjangkit kepada kucing-kucing lain.

Ubat kutu perlulah diletakkan sekurang-kurangnya sebulan sekali dan ubat cacing 3 bulan sekali.

Jika terdapat kutu atau cacing pada kucing anda, anda bolehlah membawa kucing ada ke klinik veterinar yang berdekatan sekurang-kurangnya seminggu sebelum itu.

5. Ubat-ubatan dan vitamin *jika perlu

5. Ubat-ubatan dan vitamin *jika perlu

Jika kucing anda sedang mengambil sebarang ubat-ubatan dan vitamin (yang didapati dari doktor veterinar bertauliah), sediakan ubat tersebut di dalam satu bekas dan label dos yang sepatutnya diberikan kepada kucing anda.

Elakkan dari memberi sebarang ubat-ubatan atau vitamin tanpa kelolaan doctor veterinar bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika menginap di hotel kucing.

Adakah tips ini membantu anda?

Adakah tips ini membantu anda?



APA REAKSI ANDA?

Facebook Conversations