1. Perhatikan kelibat ibu kucing di sekeliling kawasan berdekatan

Bukan semua anak kucing yang dijumpai di tepi jalan adalah terbiar atau dibuang. Kadangkala, ibu kucing tersebut keluar untuk mencari makanan. Situasi di bawah ni dapat membantu anda bagi mengenalpasti jika anak kucing tersebut adalah kucing terbiar.

Situasi 1 : Anak kucing kelihatan bersih, tidur lena dan kelihatan sihat. Anak kucing ni masih ada ibu yang menjaga dan menyusukannya. Janganlah diambil dan dipisahkan dari ibunya kerana dikhuatiri ibunya akan mencari anak tersebut. Jika betul-betul mahu menyelamatkan anak kucing jalanan ini, sebaiknya diambil bersama-sama ibunya untuk dibawa pulang.

Situasi 2 : Anak kucing kelihatan kurus, menangis dengan kuat dan kotor. Anak kucing ini kemungkinan telah dibuang atau terpisah dari ibunya. Jangan terus diambil anak kucing ini. Anda perlu menunggu dalam sekurang-kurangnya 30 minit bagi memastikan tiada ibu kucing yang mencari anaknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

2. Rujuk kepada klinik veterinar berdekatan dan lakukan pemeriksaan

Pemeriksaan doctor veterinar adalah penting bagi menentukan status kesihatan anak kucing tersebut. Ini bagi mengelakkan penyakit berjangkit yang kemungkinan dihidapi oleh anak kucing tersebut berjangkit kepada kucing anda yang sedia ada di rumah.

Selalunya, doctor veterinar akan memberikan ubat cacing, ubat kutu dan vitamin untuk meningkatkan imunisasi kucing tersebut yang secara tidak langsung dapat menguatkan antibodi anak kucing tersebut lagi melawan penyakit.

Tips tambahan: Klinik Veterinar juga ada menyediakan servis penjagaan harian anak kucing yang masih menyusu. Ia sangat membantu bagi mereka yang memerlukan orang memantau anak kucing ataupun ketika pergi berkerja.

WordPress › Error

There has been a critical error on your website.

Learn more about debugging in WordPress.