Home Penjagaan Kenapa Kucing Bising Terutamanya Pada Waktu Malam

Kenapa Kucing Bising Terutamanya Pada Waktu Malam

Adakah kucing anda selalu bising pda waktu malam sehingga mengganggu waktu tidur anda? Jika ya, anda perlu memahami kucing anda dahulu bagi menyelesaikan masalah ini:

Mengapa kucing anda mengiow pada waktu malam?

Kucing memang dikenali sebagai haiwan yang banyak tidur. Jika kucing anda membuat bising pada waktu malam, berikut adalah kemungkinan yang berlaku:

  1. Jika anda baru berpindah ke tempat baru, kucing akan cepat menjadi resah. Jadi kucing anda akan mengiow pada waktu malam untuk menunjukkan keresahannya terutama pada waktu malam.
  2. Kucing anda bosan & ingin anda bermain dengannya.
  3. Lapar ataupun dahaga.
  4. Kucing tua mungkin mengalami dementia – pelupa & keliru.
  5. Masalah kesihatan
  6. Untuk anak kucing, biasanya akan berbunyi kerana ketakutan.
  7. Untuk kucing yang dewasa, jika anda baru sahaja membela kucing tersebut, mereka akan berasa kesunyian terutama jika dia sudah biasa bersama dengan kucing yang lain.
  8. Kucing anda terasa terganggu dengan sesuatu di luar rumah, contohnya kucing liar

Bagaimana Untuk Menghentikan Tabiat Ini?

Berikut adalah teknik yang boleh anda lakukan untuk menghentikan tabiat kucing anda yang bising pada waktu malam:

  1. Bawa kucing anda berjumpa dengan doktor veterinar untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang berkemungkinan seperti thyroid ataupun penyakit buah pinggang.
  2. Jika anda baru berpindah rumah, beri masa kepada kucing anda untuk menyesuaikan diri. Ini kerana rutin harian mereka tidak lagi sama dan akan menyebabkan mereka berasa tidak selamat.
  3. Kucing yang tidak aktif pada waktu siang akan menyebabkan mereka tidak boleh tidur pada waktu malam. Luangkan masa anda untuk bermain dengan kucing anda pada siang hari dan buat mereka lebih aktif pada waktu siang.
  4. Anda dinasihatkan untuk memberi kucing anda makanan & minuman sebelum anda tidur. Bagi perut penuh, baru tidur lena =)
  5. Bagi kucing yang pelupa dan resah, ia kemungkinan memerlukan lebih perhatian daripada anda terutapi waktu tidur. Bawa kucing anda untuk tidur bersama atau letak tilam kucing anda berdekatan dengan tempat tidur anda supaya dia dapat melihat anda selalu. Ia akan membuatkan kucing anda berasa lebih selamat dan tenang.
  6. Anak kucing mengiow mungkin disebabkan kesunyian. Sekali lagi, bermain dengan anak kucing anda sebelum tidur dapat membantu kucing anda mendapatkan tidur yang cukup.
  7. Jika kucing anda bising kerana sesuatu di luar rumah, anda hanya pelu menutup pintu, tingkap dan langsir anda.

Diharapkan ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah kucing anda yang suka membuat bising terutama pada waktu malam.

Sumber

Leave your vote

2 points
Upvote Downvote

Comments

0 comments

Must Read

15 Baka Kucing Comel Yang Anda Patut Tahu!

Membela kucing sudahpun dibuktikan dengan kajian mampu mengurangkan stress and di rumah. Pasti ramai yang menjadikan kucing sebagai teman peneman di rumah bukan?...

7 Rahsia Menjaga Kucing Rumah Anda Agar Si Kucing Gembira

Terdapat banyak tanggapan dan persepsi yang salah mengatakan bahawa kucing perlu berkeliaran di luar untuk membuatnya gembira, tetapi mungkin tidak bagi kucing...

7 Gambar Kucing Kampung Mencuit Hati

Antara kucing yang menjadi pilihan penggemar kucing untuk dijadikan sebagai peliharaan di rumah adalah kucing kampung. Walaupun kucing kacukan lebih popular dan...

Kucing Ditinggalkan Dalam Rumah Sampai Mereput

MISTERI bau busuk dihidu penghuni rumah teres di Bandar Mahkota Cheras, Kajang yang disangka mayat terbongkar dengan penemuan bangkai lapan kucing di dalam...

Review Real Litter Multicat – Pasir kucing

Pasir Kucing Real Litter Multicat 10L dijual dengan harga RM52 untuk 3 bag. Menurut laman web Real Litter, produk ini dijual dengan harga ekonomi...

Comments

0 comments

Log in

Forgot password?

Don't have an account? Register

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

>