Tugas menyusukan anak kucing bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka memerlukan penjagaan rapi dan teknik yang betul terutama semasa menyusukan anak kucing tersebut

Ada sesetengah ibu kucing tidak menyusukan anaknya atas sebab-sebab tertentu. Ini mungkin boleh menyebabkan ank kucing tersebut mati. Oleh itu, ada sesetengah inisiatif yang boleh diambil termasuklah menyusukan sendiri anak kucing tersebut dengan menggunakan botol.

Masa yang diperlukan: 10 hingga 20 minit beberapa kali dalam sehari

Apa yang Anda Perlukan:

  • Susu untuk anak kucing (beli susu yang dikhaskan untuk kucing sahaja)
  • Botol susu untuk kucing 
  • Tuala lembut

Cara-caranya adalah seperti berikut:

1) Rendam botol susu tersebut didalam air panas kira-kira selama 5 minit. Kemudian, sejukkan semula botol tersebut.

2) Masukkan serbuk susu tersebut dengan jumlah yang betul. Kemudian, masukkan air panas. Pastikan air panas tersebut tidak terlalu panas. Ia haruslah 20-27 darjah Celcius ataupun bersamaan dengan suhu badan.

3) Ambil tuala dan bungkus anak kucing tersebut seperti bayi. cuba susukan anak kucing tersebut secara perlahan-lahan.

Tips: Jangan dongakkan kepala anak kucing tersebut, kerana susu mungkin akan masuk ke dalam paru-paru anak kucing tersebut dan boleh menyebabkan kematian.

Sumber



APA REAKSI ANDA?


You may also like

Facebook Conversations