Kisah kucing yang suka mengambil duit dari orang lain dan semuanya telah didermakan kepada yang memerlukan.

Kucing ini mempunyai satu perangai yang pelik iaitu suka mengambil duit dari orang yang tidak dikenali. Dia tinggal di sebuah pejabat firma pemasaran  yang dinamakan GuRuStu. 

Stuart McDaniel, pengasas kepada firma tersebut juga menyatakan pada dia ternampak duit bertaburan di pintu pada suatu pagi dan ia berterusan dari hari ke hari. Namun mereka tidak tahu bagaimana ia terjadi. Oleh itu mereka mencuba satu teori iaitu dengan memasukkan duit dicelah-celah pintu dan zapppp.... kucing itu bangun dan ambil duit tersebut!

Kebanyakkan pejalan kaki yang melalui kawasan itu berasa sangat terhibur bermain dengan kucing tersebut dengan menghulurkan duit melalui celah pintu.  

Duit-duit yang diambil kucing itu pula akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan.

Maklumat lanjut: Facebook (h/t: thedodo)



APA REAKSI ANDA?


You may also like

Facebook Conversations