HomeBeritaKucing Ditinggalkan Dalam Rumah Sampai Mereput

Kucing Ditinggalkan Dalam Rumah Sampai Mereput

BANGKAI kucing yang sudah reput. (Gambar kanan) Anggota bomba memberikan makanan dan minuman kepada kucing yang masih hidup. FOTO ihsan bomba

MISTERI bau busuk dihidu penghuni rumah teres di Bandar Mahkota Cheras, Kajang yang disangka mayat terbongkar dengan penemuan bangkai lapan kucing di dalam sebuah kediaman, Isnin lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 12.52 tengah hari. “Kami menerima laporan daripada polis yang memaklumkan terdapat aduan bau busuk seperti bau mayat di sebuah rumah di kawasan perumahan berkenaan.

Difahamkan rumah berkenaan kosong sejak lebih sebulan lalu. “Berdasarkan laporan itu, seramai empat anggota bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memecah masuk rumah berkenaan yang berkunci.

Kami terpaksa memotong mangga kunci pada pagar dan pintu bagi membolehkan polis membuat pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Mohamad Akmal berkata, pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui lapan bangkai kucing yang sudah reput.

“Selain itu, kami turut menemui tiga kucing yang masih hidup, namun dalam keadaan lemah dipercayai kerana tidak makan dan minum. “Anggota bertugas memberikan makanan dan minuman kepada kucing berkenaan. Tindakan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

sumber: Berita Harian

Update dari salah seorang fan fanatik kucing:

Comments

0 comments

Must Read

>