in

5 Sebab Mengapa Bulu Kucing Gugur

Keguguran bulu kucing boleh berlaku oleh pelbagai sebab. Antaranya adalah disebabkan faktor sekeliling dan pemakanan.

#1 Alahan kucing pada keadaan sekeliling dan pemakanan

Seperti manusia, kucing juga mempunyai alahan. Alahan ni boleh datang dari makanan, permaidani, ubat-ubatan, pakaian, habuk rumah, kulapuk, hama dan debu. Lalu menyebabkan kucing mengalami kegatalan pada badannya. Biasanya doktor veterinar akan membuat beberapa ujian untuk menguji alahan ini.

#2 Gigitan kutu

Biasanya, bulu kucing akan gugur jika mempunyai kutu. Kucing biasanya akan sibuk menggaru & menjilat bulunya. Akhirnya, bulu kucing gugur bukan disebabkan kutu tetapi disebabkan air liur kucing itu sendiri. Guna syampu bersesuaian dan ubat kutu setiap bulan untuk mencegah jangkitan kutu.

#3 Jangkitan ringworm

Antara faktor lain yang menyebabkan bulu kucing gugur adalah disebabkan jangkitan kulat yang dinamakan ringworm. Ia biasanya membentuk bulatan kecil pada badan kucing. Cara mencegahnya adalah dengan rawatan ubatan seperti krim, spray dan juga syampu yang bersesuaian.

#4 Jangkitan thyroid

Kucing juga boleh mengidap penyakit thyroid pada lehernya. Ini disebabkan oleh hormon yang berlebihan dihasilkan lalu menyebabkan beberapa tanda-tanda jangkitan awal termasuk kehilangan bulu. Bulu akan menjadi pucat, rapuh, nipis dan mudah ditarik semasa anda memyikat kucing anda.

Bawalah kucing anda ke veterinar yang bersekatan untuk rawatan selanjutnya.

#5 Psychogenic Dermatitis

Ada sesetengah kucing mempunyai perangai suka menjilat badannya secara berlebihan. Keadaan ini dikenali sebagai psychogenic dermatitis. Kebiasaanya, ia disebabkan oleh tekanan atau kebosanan. Cara terbaik untuk merawat kucing anda adalah dengan menyediakan persekitaran yang terbaik. Buat dunia kucing anda lebih menarik, kurang tekanan dan lebih interaktif, anda mungkin boleh melihat perubahan mereka nanti =)

Sumber dari : Petcarerx.com

Ingin berkongsi artikel seperti ini?. Hantar Artikel Anda Disini!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Loading…

0

Comments

0 comments

Mengapa Kucing Anda Muntah Selepas Makan?

Kucing Seakan-akan Muka Manusia Menjadi Viral Di Internet