Ada sofa, katil, meja dan lain-lain. Semuanya khas untuk kucing!

Sebuah syarikat perabot di Jepun mengeluarkan koleksi perabot khas untuk kucing. Syarikat Okawa Kagu membuat perabot hanya untuk kucing yang berkualiti tinggi dan pastinya kucing anda juga akan menyukainya.

Koleksi ini dikeluarkan bagi mempromosikan Fukuoka, sebuah kawasan di Jepun di mana para profesional pakar dalam kraftangan tradisional seperti kayu, perkakasan, kaca, dan pinggan mangkuk. Tempat ini juga menempatkan lebih 150 kilang perabot, menjadikannya salah satu ibu kota industri perabot di Jepun.

Perabot kucing Okawa Kagu menyusun replika perabot sebenar, dan ia akan dipamerkan di sebuah pusat maklumat pelancongan di bandar, Okawa Terrazza. 

Maklumat Lanjut: okawa-kagu.net (h/t designboom)



APA REAKSI ANDA?

Facebook Conversations